Translate

Friday 10 December 2010

Aktiviti Mengisi Masa Lapang Sambil Jaga Kesihatan




Apa agaknya aktiviti yang anda gemar lakukan semasa cuti persekolahan. Picnic? Bersantai? Traveling? Bersukan? Berfacebook? Myspace? Banyak orang kata semua tu buang masa je betul ke? Sebenarnya banyak lagi yang boleh anda lakukan.Masa cuti nilah kita dapat bersama-sama dengan keluarga. Mungkin boleh plan sesuatu yang tak berapa bersifat akademik. Atau ada juga yang menggunakan masa cuti ini untuk belajar IT.

Bagi yang obese pula tentu teringin untuk mengurangkan berat badan. Nak rasa slim macam artis. Inilah masa yang terbaik. Caranya mudah saja.Selepas bangun pagi anda boleh bersukan 20-30 minit.Lakukan secara berterusan.Satu lagi jangan pula lupa mengurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi.Apa tu? Kalau anda seorang yang suka makan nasi banyak sangat apa kata kurangkan sedikit demi sedikit. Kalau boleh kira keperluan kalori anda dalam sehari.Anda boleh cari dengan melayari laman-laman web seperti fat burning calculator atau calorie burning calculator. Anda juga boleh kira BMR anda (basal metabolism rate). Contohnya kalau keperluan badan anda adalah 2000 kcal maka jangan ambil kalori yang lebih daripada itu.Kalau anda ambil lebih pastikan anda melakukan senaman yang bersesuaian untuk membakar kalori yang berlebihan.Kalau anda nak diet elok kurangkan saja jumlah pengambilan kalori anda tapi jangan sampai kurang dari limit BMR anda takut anda akan kekurangan zat makanan yang akan juga menyebabkan anda kehilangan jisim otot(muscle mass).

Sebenarnya pengambilan ubat pelangsingan badan adalah tidak perlu jika anda tahu cara diet yang betul.Selain daripada mengawal pemakanan, anda juga kena melakukan senaman. Tapi awas jika anda berada dalam kumpulan berisiko seelok-eloknya buat pemeriksaan doktor terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti seperti berjogging, bermain bolasepak dan sebagainya.

Bagi saya, senaman yang saya lakukan pada sebelah pagi adalah dengan mengayuh basikal sejauh 7-8 km dalam sehari atau lebih kurang 20 minit kayuhan. Nasib baik ada beli basikal yang boleh kayuh dalam rumah tu. Kalau anda ada duit lebih sikit boleh la beli treadmill yang berjenama takasima tu. Kalau tak ada bajet cukup la dengan berjalan pantas kat kawasan perumahan anda atau kat padang permainan.

Selepas bangun pagi saya akan minum air bersih sebanyak 500 ml terlebih dahulu. Bila kayuh basikal nanti baru boleh berpeluh. Selepas berbasikal saya akan rehat sebentar sebelum menyediakan sarapan seperti semangkuk bubur oat bercampur Horlick dan susu Anlene. Sarapan pagi saya agak heavy kerana selepas itu saya akan minum secawan kopi Sawda yang dicicah dengan 2 keping roti Gardenia(wholegrain).

Tengahari saya makan sepinggan nasi bercampur ikan(2-3 ekor) dan sepiring sayur. Buah-buahan pula saya akan ambil sebagai "snack in between-meal". Pada sebelah petang saya gemar minum secawan kopi. Makan malam saya adalah sebelum maghrib. Selalunya saya makan sepinggan nasi. Dalam sehari saya akan minum 2000 ml air bersih. Oleh kerana keperluan kalori saya sekitar 2250 kcal dalam sehari maka saya pastikan makanan yang diambil tidak melebihi jumlah tersebut. Buat masa ini saya masih dapat mengekalkan berat badan dan saiz pinggang saya. Anda juga bole melakukannya. Apa yang penting adalah keazaman dan usaha yang berterusan.

Satu lagi saya tidak suka asap rokok. Kalau anda ternampak seseorang yang tiba-tiba bangun dan duduk jauh sedikit dari kepulan asap rokok maka kemungkinan orang itu adalah saya.