Translate

Sunday 17 January 2010

Masjid Geliga The Best Mosque in Terengganu





Masjid Geliga adalah merupakan antara masjid yang terletak di Kemaman yang seringkali menjadi destinasi persinggahan untuk pemandu dan para penumpang kenderaan persendirian berhenti seketika bagi menunaikan solat dan sebagainya.Tandasnya yang bersih dan terjaga serta langskapnya yang menarik membuatkan seseorang tidak terasa penat setelah sekian lama dalam perjalanan.

Saturday 16 January 2010

Catatan Perjalanan JB-Kemaman

Menaiki bas Transnasional tepat jam 10.30 malam. Bas dipandu seperti biasa dan tiba di hentian rehat Machap jam 11.30 malam. Saya turun sekejap untuk ke tandas dan kemudian membeli sedikit makanan dan minuman. Bas meneruskan perjalanan jam 12.00 tengah malam.Masa tu saya memang tidak dapat tidur langsung.Semasa melalui pekan Yong Peng saya dapati masih kelihatan ramai orang sedang makan makan di beberapa buah restoran yang masih dibuka hingga larut malam.Dari Yong Peng ke Segamat pun saya dapat melihat keadaan yang sama. Masih ada beberapa buah kedai makan yang dibuka.Kenderaan seperti lori masih banyak yang melalui jalan tersebut.Masa sampai di pekan Segamat saya melihat jam baru menunjukkan pukul 1.20 pagi.Pekan Segamat pun masih belum tidur. Di beberapa buah kedai makan masih ada orang.Bas berhenti seketika di stesyen minyak Shell kerana ada beberapa penumpang yang ingin ke tandas.Bas kemudian meneruskan perjalanan.Masa tu jumlah kenderaan agak kurang cuma sekali sekali terjumpa beberapa lori dan kereta persendirian. Keadaan agak gelap sesekali diterangi cahaya lampu kenderaan yang datang daripada arah bertentangan.Sesekali saya melihat di skrin handset yang memaparkan kedudukan di mana kita berada. Tiba-tiba alarm dari handset saya berdering menandakan jam sudah pukul 3 pagi. Dari papan tanda yang disinari cahaya lampu bas dapat saya lihat yang Kuantan hanya 23 KM jauhnya. Bagaimanapun bas yang saya naiki tidak masuk ke bandar Kuantan mungkin sebab tiada penumpang yang akan turun di sana.Saya masih lagi belum terlelap buang sesaat. Risau juga sebab esoknya saya bekerja jam 8.30 pagi.Bila jam menunjukkan pukul 4.05 pagi kami pun tiba di Bandar Baru Chendor. Seperti biasa bas akan berhenti sekejap untuk memberi peluang kepada penumpang yang nak ke tandas atau pergi minum.Jam 4.20 pagi bas meneruskan perjalanan dan saya pun sampai ke destinasi yang dituju 10 minit kemudian.Walaupun saya tidak dapat tidur langsung tetapi belum ada tanda tanda yang saya akan berasa mengantuk.Sekian catatan perjalanan ke Kemaman. Sampai jumpa lagi.

Friday 15 January 2010

Foto Semasa Di Kemaman




Bertemu Kawan Karib


Semasa saya ke Kemaman kerana urusan kerja saya sempat berkunjung ke rumah rakan saya yang sama sama pernah belajar kira kira 15 tahun yang lalu. Kami bertemu semasa menantikan solat asar di Masjid Geliga Besar. Selepas bersolat kami sambil ditemani dua anaknya singgah minum petang di gerai yang berhampiran. Sedap juga sesekali pekena batang keramat dan satar sambil minum horlick panas. Banyak juga perkara yang menjadi bualan kami terutamanya tentang aktiviti kami sekarang dan masa sebelumnya.Selepas itu saya dibawa ke banglo sahabat saya untuk berehat sebelum kami ke masjid semula untuk bersolat maghrib dan ishak. Selepas itu saya dijemput untuk makan malam. Menu malan tu agak special iaitu ikan bakar.Kira kira jam 10.30 malam sahabat saya pun menghantar saya ke stesyen bas yang berdekatan untuk saya menaiki bas menuju ke Johor Bahru yang dijangka tiba jam 11.00 malam.

Friday 8 January 2010

Pengalaman Memandu Di Lebuhraya Pada Sebelah Malam



Pada 17 Disember 2009 yang lalu kami sekeluarga terpaksa pulang ke kampung di utara semenanjung setelah menerima berita yang ayah saya telah meninggal dunia. Kami bertolak dari plaza tol Skudai jam 6.15 petang. Pada masa itu hujan yang agak renyai telah mula turun.Jumlah kenderaan di atas lebuhraya agak banyak mungkin disebabkan ramai yang baru pulang dari tempat kerja daan juga ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung kerana cuti sekolah masih lagi ada. Keadaan jalan sudah agak gelap. Selepas 2 jam memandu kami pun tiba di R&R Air Keroh. Kami berehat untuk solat dan makan malam.Kira-kira jam 10.00 malam kami meneruskan perjalanan.Masa rehat tadi saya dah minum secawan kopi.Bukan apa takut mengantuk semasa memandu kerana selama ini saya tidak pernah balik kampung bertolak petang. Selalunya kami bertolak pagi. Tiba di R&R Seremban kami berhenti sebentar untuk mengisi minyak.Jam 11.30 mlam kami telah pun memasuki lebuhraya ELITE.Jam 12.10 tengah malam kami pun dah melalui kawasan Sg Buluh. Walaupun dah tengah malam tetapi jumlah kenderaan masih banyak. Lori juga banyak.Memang agak sukar sedikit untuk memandu kalau lori banyak.Memandu sebelah malam ni memang ada baiknya iaitu tak panas. Cuaca agak sejuk menyebabkan saya terpaksa memakai jaket.Setelah melepasi Tanjung Malim keadaan lebuhraya agak kurang kenderaan sedikit berbanding sebelumnya.Saya melihat jam pada masa itu baru pukul 1.30 pagi. Oh! masih jauh lagi.Belakang badan dah rasa lenguh sedikit. Oleh kerana isteri saya baru mendapat lesen dan tiada pengalaman memandu di lebuhraya apatah lagi sebelah malam maka saya tiada pilihan selain memandu sendirian. Anak-anak saya dah pun mulai dibuai mimpi.Isteri saya pun dah mula mengantuk.Kira-kira jam 2.00 pagi lebih kami dah pun melepasi kawasan R&R Tapah.Kira-kira jam 3.00 pagi kami sudahpun sampai kat Simpang Pulai. Trafik agak lancar masa tu. Cuma selepas melalui terowong menora jumlah kereta agak banyak mungkin kerana tidak boleh memandu laju di kawasan tu. Keadaan agak berbahaya semasa mengambil selekoh di kawasan yang menuruni bukit. Saya akhirnya terpaksa mengalah kepada lori tangki yang dipandu agak laju.Selepas itu saya memandu agak perlahan daripada biasa berhampiran exit ke Kuala Kangsar.Akhirnya kami tiba di plaza tol Bandar Baharu jam 4.30 pagi. Secara keseluruhan memandu pada sebelah malam agak berbahaya sedikit kerana jarak penghlitan yang agak terbatas apatah lagi bila hujan turun. Macam manapun ia adalah suatu pengalaman kepada saya yang tidak berapa gemar memandu disebelah malam. Kepada pemandu-pemandu semua berhati-hatilah terutama ketika cuaca gelap dan hujan lebat. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Sunday 3 January 2010

Makan Malam Bersama Keluarga





Kami makan sekeluarga sempena meraikan sambutan hari lahir salah seorang anggota keluarga. Tunku Impian menjadi pilihan lokasi bagi kami menjamu selera. Selain daripada harga yang dikenakan berpatutan, keadaan restoran ini juga bersih dan selesa. Makanannya juga sedap dan lazat.Parking juga tiada masalah.

Saturday 2 January 2010

Memori Kemaman





Bertolak dengan menaiki bas dari Skudai Johor jam 11.00 malam.Antara jalan yang dilalui adalah Yong Peng dan Segamat-Kuantan. Semasa melalui Yong Peng saya telah melihat agak ramai yang sedang menyambut tahun baru 2010 di dataran.Apabila memasuki jalan Segamat-Kuantan, keadaan jalan agak lengang dan gelap. Sekali sekala baru kelihatan beberapa kenderaan yang melaluinya. Jalannya agak lengang menyebabkan bas express yang saya naiki dipandu agak laju.Rasa takut dan gementar menyebabkan saya tidak dapat melelapkan mata barang sesaat. Selepas memasuki Pahang bas yang saya naiki telah ditahan oleh RELA untuk memeriksa kad pengenalan penumpang. Selepas itu bas yang kami naiki meneruskan semula perjalanan. Saya tiba di perhentiaan bas Kuantan tepat jam 3.00 pagi. Pada masa itu masih terdapat ramai orang terutamanya remaja yang mungkin datang ke bandar bagi meraikan sambutan tahun baru.Selepas menurunkan penumpang, bas tersebut meneruskan perjalanan.Sedar tidak sedar bas yang saya naiki telah memasuki daerah Kemaman. Kira-kira jam 4.30 pagi saya pun tiba di Kemaman. Masa tu saya tidak tahu nak turun di mana. Oleh kerana terdapat beberapa penumpang turun kat masjid tepi jalan iaitu masjid Sultan Ahmad Chukai saya pun ikut turun sama.Saya pun lepak dulu kat kerusi yang dikhaskan untuk tetamu di depan pintu pagar masjid tersebut.Oleh kerana tidak biasa dengan tempat tersebut saya pun bertanya kepada salah seorang yang juga turun kat masjid tersebut tetapi daripada bas sebelumnya.Saya memperkenalkan diri dan bertanya bagaimana cara nak ke TATI. Kebetulan beliau pernah bekerja di sana. Lalu kami pun berborak seketika.Tak lama kemudian rakan kepada beliau telah sampai lalu beliau pun mempelawa saya naik sama. Saya sampai di depan pintu pagar masuk ke TATI tepat jam 4.45 pagi. Ketika itu suasana masih sunyi. Tiada sesiapa pun kat sana. Saya terpaksa menunggu hingga jam 5.30 pagi baru ternampak pegawal lalu memperkenalkan diri. Beliau membuka pintu pagar lalu mempelawa saya masuk dan beliau menunjukkan arah surau dimana saya akan berehat sambil menantikan waktu subuh. Selepas itu beliau juga turut datang ke surau untuk bersembahyang. Setelah itu kami berborak seketika.Jam 6.30 pagi beliau meneruskan kerjanya yang akan tamat jam 8.00 pagi. Saya mengambil kesempatan untuk berbaring sambil berehat higga jam 8.20 pagi. Kemudian saya ke bilik pengawal semula untuk bertanyakan di mana bilik pengajaran. Lalu beliau membawa saya menaiki motorsikalnya ke bangunan tersebut.Pengawal yang bertugas pada masa itu memang peramah orangnya membuatkan saya berasa seperti berada di tempat sendiri.Oleh kerana hari tu kantin ditutup maka saya terpaksa meminta tolong kepada salah seorang pelajar saya untuk membelikan saya sarapan pagi iaitu nasi lemak dan air mineral.Sementara menantikan pelajar yang lain tiba saya berborak dulu dengan beberapa pelajar yang telah pun sampai lebih awal. Walaupun ini merupakan pengalaman pertama di sana tetapi saya tidak mengalami masalah kerana semua yang saya temui tidak keberatan menghulurkan pertolongan. Kuliah berjalan dengan lancar sehingga jam 12.00 tngah hari. Saya dibawa ke kedai makan oleh salah seorang pelajar saya. Selepas makan tengahari kami bersolat jumaat di masjid berhampiran.Kuliah diteruskan pada sebelah petang hingga jam 4.00 petang. Tiket bas untuk perjalanan balik telah dibeli lebih awal.Masa balik saya memilih menaiki bas Transnasional jam 11.00 malam pada hari yang sama. Dari TATI saya menumpang salah seorang pelajar saya yang menuju ke Kuantan. Masa tu hujan turun tapi tidak berapa lebat.Lebih kurang jam 4.15 petang saya pun sampai dan turun dan menuju ke masjid Geliga untuk soalat asar.Selepas solat asar saya ke gerai medan selera untuk makan petang.Kemudian saya ke masjid semula sambil menantikan waktu solat maghrib dan seterusnya solat ishak.kira kira jam 9.00 malam saya pun bergegas ke perhentian bas yang terletak bersebelahan medan selera untuk menantikan bas untuk perjalanan balik.Semasa di perhentian bas saya sempat berborak borak dengan beberapa orang yang juga berada di sana samada untuk menghantar saudara mara dan juga penumpang yang sedang menunggu ketibaan bas untuk ke beberapa destinasi. Mereka memang peramah dan mesra orangnya.Malam tu bas tiba agak lewat.Jam 11.40 malam barulah bas yang saya tunggu tiba.Setelah menaiki bas tersebut saya terlelap agak lama. Sedar tak sedar bas telahpun sampai di Segamat kira kira jam 3.00 pagi.Bas berhenti 30 minit di hentian Machap. Akhirnya saya tiba di hentian Larkin jam 6.10 pagi.Saya mengambil teksi untuk pulang ke rumah walaupun terpaksa membayar lebih kerana untuk menunggu bas mungkin pukul 8 baru ada bas. itulah pengalaman saya ke negeri Terengganu.