Translate

Saturday 18 June 2011

Kuala Gula Sanctuary & Resort





Resort Kuala Gula terletak 7 km dari Kuala Kurau, Perak atau 25 km dari Simpang Empat Semanggol. Masa cuti persekolahan baru baru ini saya sekeluarga telah berkesempatan mengunjungi Resort tersebut. Disebabkan sebelum itu kami ke Taiping kerana menziarahi bapa saudara maka kami ke Kuala Gula melalui jalan Simpang Empat-Kuala Gula. Jalan ini agak jarang kelihatan kenderaan yang lalu lalang. Di kiri kanan jalan kelihatan ladang kelapa sawit yang luas milik Sime Darby. Setelah beberapa minit memandu baru kami berselisih dengan sebuah kenderaan dari arah bertentangan. Selepas itu 10 minit kemudian baru kami ternampak ada beberapa kereta dan lori. Kalau pada sebelah malam jalan ini lagi sunyi. Setelah 20 minit memandu kami pun tiba di simpang masuk ke Resort. Tempat ni sesuai bagi mereka yang gemar menikmati alam semulajadi dan mereka yang kaki pancing. Sebelum balik kami sempat makan malam di restoran Chenderawasih. Harga yang dikenakan pun berpatutan. Semasa balik anda boleh menggunakan laluan ke Kuala Kurau. Melalui laluan ini anda akan dapat menikmati pemandangan perkampungan nelayan melalui jambatan Kuala Gula-Kuala Kurau. Kalau anda melalui sewaktu matahari terbenam anda akan dapat merakamkan suatu pemandangan yang cantik. Selain dekat kami dapat melihat Sungai Kurau semasa melalui jambatan.