Translate

Saturday 19 March 2011

Pengalaman Menaiki Bas Ekspress Melalui Jalan Kuantan Mersing

Memulakan perjalanan jam 11.30 malam dari Terminal Makmur Kuantan dengan menaiki bas express. Jalan yang akan dilalui adalah Kuantan-Pekan-Rompin-Endau-Mersing-Johor Bahru. Sebelum memulakan perjalanan, pemandu terlebih dahulu mengisi minyak di sebuah stesen minyak di bandar Kuantan. Perjalanan dari Kuantan agak licin tanpa kesesakan lalulintas walaupun hujan mulai renyai. Kebanyakan penghuni rumah mula dibuai mimpi.Hujan mulai turun walaupun tidak berapa lebat. Jam menunjukkan pukul 12.45 tengah malam tatkala kami singgah dan berhenti di restoran Azrin Tomyam dan Seafood. Restoran ini adalah menjadi tempat persinggahan bas-bas express yang melalui laluan Kuantan-Mersing. Jam 1.15 pagi bas meneruskan perjalanan menuju ke selatan. Jalan diterangi oleh kabanyakkan lampu-lampu yang terdapat di kiri kanan jalan dan cahaya lampu dari rumah-rumah yang terdapat di kiri kanan jalan ditambah cahaya dari cahaya bulan walaupun agak sedikit suram disebabkan hujan yang mulai turun setelah kami memulakan perjalanan. Jam 1.45 pagi kami tiba di pekan Rompin. Di pekan ini terdapat agak banyak gerai-gerai makanan seafood. Kelihatan masih ramai pelanggan yang sedang menikmati makan tengah malam. Malam makin larut dan saya masih belum dapat melelapkan mata biarpun sesaat tak tahu kenapa. Selalunya kalau saya naik bas yang melalui jalan Kuantan-Segamat memang saya mudah melelapkan mata mungkin keadaan jalannya yang agak lurus. Tidak lama selepas itu iaitu jam 2.00 pagi kami pun tiba di pekan Endau. Sebaik memasuki pekan Endau penumpang dikejutkan dengan bunyi hon dan brek bas. lalu kami dapat memerhatikan sekumpulan remaja bermotorsikal sekitar 10-20 buah sedang merempit di jalan raya. Bas yang kami naiki nyaris terlanggar sebuah daripada motorsikal mat rempit yang menunggang dalam keadaan berbahaya.Terkejut kami dibuatnya. Sebelum ini saya pernah ternampak kumpulan mat rempit yang lebih besar sekitar 100 buah motorsikal berhampiran bandar Segamat antara laluan Muadzam Shah-Segamat yang juga menunggang dalam keadaan berbahaya, Tapi malam ini keadaan lebih memeranjatkan kerana penunggang tersebut agak terlalu berani menunggang di tengah-tengah jalan tanpa melihat bas yang sedang bergerak laju dari arah belakang. Tak lama kemudian bas berhenti seketika untuk menukar pemandu. Pemandu kedua bas nampak lebih berpengalaman kerana laluan berikutnya lebih mencabar kerana terdapat liku yang begitu banyak. Jalan Endau-Mersing juga terdapat kabus yang agak tebal. 20 km pertama tidak kelihatan sebuah rumah pun. Di kiri kanan jalan gelap gelita dengan seakan meredah rimba. Kami kemudiannya sampai di pekan Mersing. Bas berhenti sekejap untuk menurunkan penumpang. Bas meneruskan perjalanan. Jalan yang dilalui masih berliku.Tidak banyak kenderaan yang melalui jalan ini. Sesekali terserempak dengan kereta ataupun lori treler. Laluan ini sangat berbahaya kerana terdapat selekoh di merata tempat. Kalau anda baru pertama kali menggunakan jalan ini anda perlulah berhati-hati. Kalau boleh menggelak memandu di sebelah malam. Kalau anda terpaksa memandu di sebelah malam pastikan tangki minyak diisi penuh supaya tidak mengalami masalah dipertengahan jalan kerana hampir tiada stesen minyak beroperasi selepas 12.00 tengah malam. Rakan saya pernah mengalami masalah hampir kehabisan minyak dalam perjalanannya dari Kuantan menuju ke Johor Bahru. Mungkin terlupa mengisi minyak semasa memulakan perjalanan dari bandar Kuantan. Setelah jauh meninggalkan bandar Kuantan, beliau baru menyedari yang minyak hampir kehabisan. Beliau bercadang mengisi minyak di pekan Rompin. Namun pada masa itu beliau hampa kerana tidak dapat mengisi minyak kerana stesen minyak telah pun ditutup. Stesen minyak paling hampir adalah di bandar Mersing. Beliau terpaksa meminta pertolongan daripada beberapa pemuda yang sedang minum di sebuah gerai di tepi jalan. Nasibnya baik kerana dapat mengisi minyak di stesen minyak ala kampung. Namun apabila tiba di bandar Mersing beliau sekali lagi mendapati stesen minyak telah ditutup. Beliau tiada pilihan selain dari memberanikan diri meneruskan perjalanan hingga tiba di Kota Tinggi. Nasib baik ada stesen minyak yang masih beroperasi. Kalau tidak entahlah apa yang akan terjadi. Itu cerita rakan saya.

Akhirnya bas yang saya naiki selamat tiba di bandaraya Johor Bahru tepat jam 4.02 pagi. Selepas turun dari bas saya mengambil teksi untuk balik ke rumah. Ada pemandu yang mengenakan tambang RM 50 untuk jarak perjalanan yang hanya sekitar 10 km. Saya terpaksa menolaknya kerana bagi saya tambang yang dikenakan terlalu tinggi. Kalau menggunakan meter tambang hanya RM 15 sahaja. Akhirnya ada seorang pemandu lain bersetuju dengan tambang yang saya tawarkan.

Monday 14 March 2011

A Trip To Tanjung Piai-The Southern Most tip of Mainland Asia







Ahad-13 March 2011
Kami memulakan perjalanan melalui Skudai-Pontian expressway tepat jam 11.30 pagi. Keadaan jalan yang agak baik semasa berhampiran taman perumahan dengan dua lorong menjadikan perjalanan agak licin walaupun jumlah kenderaan di atas jalanraya makin bertambah. Pemanduan menggunakan MPV Exora Auto dengan 6 penumpang sedikit pun tidak terasa penat walaupun melalui beberapa pekan kecil seperti Pekan Nenas dan beberapa kawasan perkampungan. Pemandangan di tepi jalan dipenuhi pokok pokon yang menjadikan pemanduan tidak lah mebosankan.Sesekali dapat dilihat deretan gerai menjual buah-buahan seperti durian,cempedak,nenas dan pisang menjadi panorama biasa apatah lagi sekarang adalah musim raja buah.







Setelah 40 minit pemanduan kami pun memasuki jalan Sri Bunian-Tenggayun menghala ke Kukup. Jalan raya menuju ke Kukup agak tidak rata di beberapa tempat menyebabkan pemanduan agak perlahan.Jalan ini biasanya agak sibuk pada cuti hujung minggu kerana ramai yang akan menuju ke jeti Kukup untuk ke pulau Kukup. Nasib baik jalan ini hanya dilalui dalam 10 km sahaja sebelum kami memasuki jalan menuju ke Tanjung Piai. Jalan ini nampak lebih kemas dan baik berbanding jalan ke Kukup tadi.Kami melalui beberapa perkampungan.Kebetulan pada hari tu terdapat beberapa rumah yang mengadakan majlis kenduri perkahwinan.Jalan untuk ke Tanjung Piai tidak banyak kenderaan yang melaluinya memyebabkan kami tiba ke pintu masuk Taman Negara Tanjung Piai sekitar jam 12.30 tengahari.Selepas parking kenderaan di tempat yang disediakan kami pun melangkah masuk ke Taman Negara Tanjung Piai. Terdapat laluan pejalan kaki yang diperbuat daripada papan. Kami mula melangkah masuk menuju ke tempat paling selatan di benua Asia. Laluannya yang sejauh 563 m tu memang best di samping kami dapat melihat pokok-pokok bakau di kiri kanan jalan.Anak-anak saya memang rasa teruja. Kami juga dapat mengambil banyak gambar-gambar untuk dijadikan kenang- kenangan.Kami juga dapat melihat kapal kapal besar yang sedang berlabuh.Kemudian kami juga berjalan ke jeti pancing.Keadaan di sama memang menyegarkan dengan tiupan angin dari Selat Melaka.Cuma kat sini tiada liputan talian telefon bimbit yang saya gunakan.Kalau ada pun talian dari tanah seberang. Macam manapun beriadah di Taman Negara Tanjung Piai memang sesuatu aktiviti yang menyeronokkan.









-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sunday, 13 March 2011
We began the journey through the Skudai-Pontian Expressway exactly at 11.30 am. Road conditions are reasonably well just after passing the housing estate with the two-lane. This made our journey a little smoother even though the number of vehicles on the roads is on the rise. Driving the Exora MPV (Auto) with 6 passengers made me not feel tired at all even though we had to go through some small towns such as Pekan Nenas and several villages. The scenary are filled with trees that make our driving not getting bored . We also had the opportunity to see fruits stall selling fruits like durian, jackfruit, pineapple and bananas. Such a panaromic is very common during the fruit season. After 40 minutes of driving, we took to the left to the Tenggayun- Kukup Road heading towards Kukup town. The road condition is somewhat uneven in some places causing a our driving a bit slow . That road is usually quite busy on weekends because many will go to the jetty to the island of Kukup. Fortunately, we just drove for about 10 km before we enter the road to Tanjung Piai. This road looks better than the road to Kukup. There were not many vehicles on the road heading towards Tanjung Piai. Shortly after that we finally arrived to the entrance of Taman Negara Tanjung Piai at around 12:30 PM. After parked our vehicle, we then walked into the National Park Tanjung Piai. There is a walkway made of boards. We started walking in to the southernmost place in Asia. We took a walk for around 563 m before we reached the southern most tip of mainland Asia. My kids seemed to look very excited. We also can take a lot of pictures for memories.We also can see many large ships stop there.We then walked to the fishing jetty. We felt so refreshing. However there is no coverage for my mobile phone. To me, a visit to Tanjung Piai National Park is an enjoyable activity.