Translate

Friday, 4 February 2011

Si Kucing Yang Bernama ABU Kini Kembali




Anda tentu mempunyai hobi yang tersendiri.Ada yang suka berkebun di masa lapang, ada yang suka berface book, my space, ke kedai kopi sambil sembang-sembang bersama kawan kawan dan macam macam lagi yang anda suka buat. Ada juga yang suka bela burung, ayam, arnab, kucing dan sebagainya. Anak kedua saya pula suka bela kucing. Kucing peliharaannya diberi nama "Abu". Ia dibawa balik ke rumah oleh anak saya semasa pulang dari sekolah. Sebenarnya rakan kepada anak saya yang memberikan kucing ini kepada anak saya. Si ABU ni pula suka berkawan dengan seekor anak kucing Parsi lalu mengikuti kucing tersebut dan sekarang sudah berpindah ke tempat lain. Mungkin si Abu dah besar sekarang? Gambar di atas diambil semasa umur ABU lebih kurang dua bulan. Si Abu bab makan memang memilih.Abu suka makan ikan goreng.Kalau ikan mentah dia tak berapa gemar.Kalau lapar sagat baru di makan.

Rupa-rupanya dua hari selepas catatan ini disiarkan si Abu telah kembali semula ke sini selepas menghilangkan diri lebih kurang 1 tahun.Umurnya sekarang lebih kurang satu tahun setengah.Badannya agak kurus mungkin tak cukup makan. Sekarang Si Abu tidak sepeti dulu.Bulu di badannya dah banyak yang gugur.