Translate

Sunday, 18 March 2012

Menyusuri Jalan Segamat-Kuantan Pada Sebelah Malam

Saya kerap melalui jalan Segamat-Kuantan kalau nak ke Kemaman. Laluan ini agak kerap digunakan pemandu terutama kalau nak ke pantai timur jika datang dari arah Johor Bahru atau Singapura. Jalan ini tidak lah lengang sangat berbanding jalan Mersing-Kuantan kalau selepas jam 12.00 malam. Kalau sekitar jam 12.00 tengah malam masih ada beberapa kenderaan yang boleh dilihat menggunakan jalan ini. Baru baru ini saya melalui pekan Segamat pada masa itu jam dah pukul 2.00 pagi. Masih ada beberapa buah kedai makan yang masih dibuka dan kelihatan masih ramai pelanggan yang sedang menikmati makan malam. Agak heran juga kalau dalam waktu yang kebanyakkan orang sedang dibuai mimpi masih ada lagi yang sedang menikmati makanan. Pada waktu awal pagi ini juga dilihat ramai juga anak-anak muda yang tengah lepak kat pekan Segamat. Tak tahulah pulak apa yang mereka buat sampai lepak hingga dinihari. Kalau malam minggu lagi ramai mat mat motor akan kelihatan berhimpun di sekitar pekan Segamat. Jam 2.48 pagi saya dah pun melepasi pekan Muaazam Shah. Masa itu kelihatan ada beberapa orang yang sedang tunggu bas kilang mungkin hendak ke tempat kerja yang agak jauh mungkin mereka bekerja di Kuantan agaknya. Gerai makan kat sana pun masih beroperasi.

Monday, 6 February 2012

Sawah Padi Kampung Halaman 2011 yang permai





















Desa atau kampung dua perkataan yang sama makna. Bagi anda yang hidup di kota kota yang penuh sesak tentunya pemandangan di desa dapat meredakan sedikit tekanan dan dapat merubat kerinduan terhadap desa tercinta. Keadaan di desa sudah jauh berubah tak seperti di tahun tahun 60 atau 70 an dulu. Seingat penulis, masa tu tiada jalan bertar seperti sekarang. Apatah lagi bekalan air dan elektrik.Kalau balik kampung kita boleh pandu kereta sehingga di depan rumah. Dulu padi dituai secara tradisional iaitu dengan cara mengerat batang padi. Kemudian padi dibanting. Sekarang ini padi dituai secara moden menggunakan jentera. Tiap kali raya penulis tidak akan melepaskan peluang untuk balik kampung walaupun terpaksa meredah lebuhraya beratus kilometer jauhnya.

Friday, 3 February 2012

Hotel Bajet Di Kemaman

Saya kalau ke Kemaman biasanya memilih untuk menginap di hotel hotel bajet saja. Biasanya saya akan pilih hotel bajet yang berdekatan dengan tempat makan, senang mendapatkan bas atau teksi. Antara hotel bajet menjadi pilihan saya adalah hotel Shafura, hotel Marjan dan hotel Vista.

Saturday, 28 January 2012

Hutan Bandar Mutiara Rini












Di waktu lapang kita boleh melakukan pelbagai aktiviti yang baik untuk kesihatan.Bagi saya inilah masa terbaik untuk bersama-sama dengan ahli keluarga.Tak perlu pergi jauh-jauh kerana ianya ada berhampiran dengan tempat tinggal anda.Selain dapat menikmati pemandangan yang menarik saya dan keluarga juga dapat melakukan riadah samada dengan berjalan kaki ataupun berbasikal.Banyak kemudahan seperti tandas, surau, tempat rehat dan gerai-gerai makanan dan minuman turut disediakan. Selain daripada itu,tempat ini juga sesuai kepada anda yang menggemari permainan layang-layang. Sekali datang rasa macam nak datang lagi.

Friday, 20 January 2012

Berhati-Hati Di Jalan Raya

Tak kira ke mana destinasi anda pokoknya jika anda memandu pastinya akan melalui jalan raya.Di musim perayaan jumlah kenderaan akan meningkat dengan mendadak.Jika anda merancang balik kampung atau pergi bercuti pastikan anda telah servis kenderaan anda.Tayar selalunya dilupakan.Pastikan ia sesuai berada di jalan raya dan satu lagi pastikan juga anda mempunyai tayar spare yang diisi angin secukupnya. Semasa perayaan tahun baru cina umpamanya tak banyak kedai tayar yang beroperasi.Bagaimana tiba-tiba anda terlanggar paku dan mengenai bahagian sisi tayar? Sudah tentu ia tidak boleh ditampal lagi dan anda perlu tukar tayar baru kan? Jika anda melalui lebuhraya mungkin agak senang untuk meminta pertolongan jika kenderaan anda mengalami kerosakkan tapi bayangkan jika anda memandu pada sebelah malam dan melalui jalan biasa seperti Segamat-Kuantan, Kota Tinggi-Mersing-Endau tiba-tiba kenderaan anda rosak bila anda berada di kawasan yang tiada lampu atau yang jauh daripada bandar. Satu lagi isi minyak secukupnya kerana tak semua pam minyak dibuka 24 jam. Biasanya pam miyak beroperasi sehingga 12.00 malam sahaja kecuali jika di lebuhraya ianya dibuka 24 jam. Teringat masa memandu di laluan Segamat-Kuantan bila akan berselisih terpaksa beri isyarat kanan kerana kenderaan besar seperti bas dan treler akan makan jalan dan keadaan ini amat berbahaya kepada kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Kepada anda semua selamat memandu dan semoga sampai ke destinasi yang dituju.

Monday, 12 December 2011

Memandu Ke Batu Pahat Pergi Kenduri Kahwin

Sekaran ni memang musim kenduri kahwin. Hari Sabtu yang lepas (10 Disember 2011) saya memenuhi undangan kenduri kahwin rakan baik saya di Batu Pahat, Johor. Saya membawa semua ahli keluarga. Kami memulakan perjalanan dari tol Skudai dalam pukul 11.00 pagi.Selepas memasuki lebuhraya kami dapati jumlah kenderaan agak banyak mungkin ramai yang mengambil kesempatan untuk balik kampung menuju ke utara.Tambahan pula banyak lori yang memandu perlahan ini menyebabkan kami yang berada di lorong kiri sukar untuk ke lorong kanan bagi memotong kenderaan yang bergerak perlahan. Keadaan tersebut berlarutan sehingga sampai ke hentian sebelah Simpang Renggam. Selepas itu perjalanan seterusnya agak lancar. Kami berhenti seketika untuk ke tandas di hentian sebelah Yong Peng.Setelah 20 minit berehat kami meneruskan perjalanan. Kami keluar melalui tol Pagoh untuk ke Batu Pahat.Selepas membayar tol kami terjumpa simpang tiga. Kalau memandu kekanan ia menuju ke Johor Bahru tapi kalau kekiri ia akan menghala ke Muar.Disebabkan saya tidak pernah ke Batu Pahat maka saya mengambil keputusan untuk kekiri saja iaitu menuju Muar. Papan tanda menunjukkan 22 km lagi kami akan sampai ke pekan Muar.Laluan yang diambil tidak lah berapa sibuk jadi kami dapat bergerak dengan lancar cuma bila melalui pekan-pekan kecil kami terpaksa memperlahankan kenderaan.Bila menghampiri pekan Muar terdapat tanda arah ke Batu Pahat lalu kami belok kekiri.Sangkaan kami mungkin tak lama lagi sampailah kami ke destinasi yang dituju.Selepas 30 minit memandu kami dapati tiada papan tanda yang menunjukkan arah ke Semerah.Cuma ada Parit Jawa dan beberapa nama tempat yang saya tidak tahu.Bila sampai dipenghujung simpang kami membelok kekanan.Malangnya papan tanda menunjukkan arah ke Melaka.Baru saya sedar yang kami tersasar. Saya memberhentikan kenderaan di bahu jalan untuk bertanyakan seseorang di sebuah gerai makan di tepi jalan.Memang benar kami dah tersesat jalan. Saya pun segera mmbuat U turn dan menuju ke Pekan Parit Jawa.Kemudian membelok ke kanan menuju arah ke Batu Pahat.Supaya kami tidak terus tersasar saya pun menelefon rakan untuk bertanyakan arah perjalanan.Lalu rakan saya pun kata kami memang berada pada laluan yang betul cuma perlu memandu dalam 30 minit barulah sampai ke tempat yang ditiju.Akhirnya kami pun sampai dalam pukul 2.40 petang. Sepatutnya kami boleh sampai dalam pukul 1.00 petang.Setibanya kami di sana kami dipelawa ke tempat duduk dan dijamu makan nasi briani dengan menu gulai daging dan ayam serta beberapa menu lain. Semasa balik kami tidak menghadapi sebarang masalah. Laluan yang kami lalui adalah menggunakan jalan Semerah-Batu Pahat-Ayer Hitam sebelum kami memasuki lebuhraya di susur masuk Ayer Hitam.Pada petang tersebut keadaan trafik agak lancar.Cuma terserempak dengan sekumpulan remaja yang merempit dan menunjukkan aksi berbahaya di atas lebuhraya.










Sekumpulan remaja sedang beraksi di atas lebuhraya