Translate
Friday, 28 August 2009
Memori Semasa Di Sekolah Rendah
Pada zaman dulu tiada sekolah tadika. Sebelum persekolahan dibuka pak dan mak belikan saya dua pasang baju dan sepasang kasut yang diperbuat daripada plastik. Semua boleh dibeli kat pasar sehari iaitu di pekan selasa. Dulu peka selasa kat simpang tiga memang popular. Ramai orang kampung akan ke sana samada untuk membeli barang barang keperluan dapur, pakaian ataupun menjamu selera.
Thursday, 27 August 2009
Wednesday, 26 August 2009
Tuesday, 25 August 2009
ANAK ZAMAN DULU VS ANAK ZAMAN SEKARANG
Teringat zaman masa kanak kanak masa zaman persekolahan yang penuh dengan kepayahan dan kesusahan. Belajar di bawah lampu minyak tanah. Berbasikal ke sekolah merentasi jalan yang penuh lumpur salah perhitungan masuk ke dalam parit. Habis basah baju dan buku. Balik dari sekolah terus mandi, makan dan rehat sekejap lepas tu buat kerja sekolah. Masa tu tak ada siapa yang suruh. Kalau nak ulangkaji pelajaran atas kemahuan sendiri. Zaman sekarang dah berubah. Pergi sekolah dijemput balik sekolah pun dijemput. Naik kereta atau bas. Tak merasai kesusahan seperti zaman dulu. Kat rumah ada segalanya. Ada hawa dingin, ada kipas ada lampu lektrik ada air paip untuk mandi. Pendeknya semua ada. Anak sekarang kalau tak suruh tak buat. Habis nak buat macam mana.
Saturday, 22 August 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)

Ini adalah pemandangan biasa di kampung saya bila tiba musim menuai padi. Semasa zaman dahulu, padi biasanya dituai secara lama iaitu dengan cara mengerat dan memukul. Kebaikan cara lama ialah ia dapat menambah pendapatan dengan cara mengambil upah. Bagaimanapun cara baru lebih baik dari segi penjimatan masa dan tenaga.