Translate

Sunday, 18 August 2013

Catatan Perjalanan Melalui Plus Highway Balik Raya 2013 Johor to Kedah


3/8/2013: Memulakan perjalanan pada kira-kira pukul 1.30 AM dari tol Skudai menghala ke arah utara. Memandu sebelah malam ni kena lebih berhati-hati. Untuk tidak mengantuk kita kenalah tidur pada sebelah petangnya dalam 2-3 jam. Sebelum bertolak elok minum kopi terlebih dahulu. Disebabkan rasa nak buang air maka kena berhenti dulu kat hentian sebelah. Hentian pertama adalah Simpang Renggam. Berehat seketika di hentian sebelah Simpang Renggam untuk menghilangkan mengantuk dan ke bilik air. Perjalanan selepas itu sangat lancar kerana tak banyak kenderaan yang bergerak ke utara.
Tiba di RnR Seremban sekitar jam 4.00 PM untuk berehat dan bersahur. Selepas bersahur meneruskaqn perjalanan dan berhenti untuk solat subuh di RnR Dengkil pada jam 6.00 AM. Kemudian meneruskan perjalanan dan tiba di Lunas kulim sekitar jam 11.30 AM. Di Kulim kami berehat di rumah adik ipar saya. Berbuka dengan nasi ayam dan mee goreng mamak.

4/8/2013: Meneruskan perjalanan ke Alor Setar sekitar jam 12.00 tengahari. Kami menggunakan jalan Tasik Gelugor dan memasuki Plus highway melalui Bertam. Perjalanan lancar kerana jumlah kenderaan tidak berapa banyak dan tiba di Alor Setar jam 2.30 PM. Kami tinggal di rumah mertua selama 2 malam. 
5/8/2013: Kali ni hari jadi saya disambut ala kadar je. Berbuka puasa dengar bubur kacang. Tak ada kek seperti lazimnya.

5/8/2013: Bertolak ke Kuala Kurau jam 2.30 petang dan tiba di sana 4.00 petang. Kami membeli juadah di pasar Ramadan Batu 5.

7/8/2013: Ke pasar Bagan Serai seawal pagi untuk membeli barangan keperluan untuk persediaan menyambut Aidilfitri. Tahun ni raya disambut di rumah mak saya.Beli ayam 3 ekor dan daging 1 kilo je. Pada hari terakhir puasa kami dapat berbuka puasa bersama-sama dengan saudara mara terdekat.

8/8/2013: Aidilfitri disambut secara sederhana je. Menunaikan solat sunat di Masjid Kedai Dua. Sempat juga bertemu rakan-rakan lama antaranya Ayub Badaruddin, Nazri Nordeen dan Rohaizat. Lepas tu kami mengunjungi rumah saudara mara terdekat. sebelah petang kami ke rumah Mak Lang.

10/8/2013: Bertolak balik rumah mertua di Kedah. Tiba di sana jam 3.00 petang. Kat sana kami hanya berehat kerana keletihan. Pada sebelah malam dapat juga menonton siaran langsung perlawanan persahabatan bolasepak malaysia lwn Barcelona FC. Walaupun Malaysia kalah tapi rasa terhibur dan puas dengan permainan yang ditunjukkan kedua-dua pasukan.
Berhenti untuk solat subuh di RnR Dengkil
Lebuhraya Plus menghala Ipoh ke utara
Bersahur di RnR Seremban
 http://www.youtube.com/watch?v=jWbUQh5wot4&feature=player_embedded#t=65

Wednesday, 14 August 2013

Pengalaman Memandu Malam (Plus Highway) Alor Setar ke Johor Bahru

Sarapan pagi di RnR Dengkil
Di RnR Pagoh
Rehat seketika di RnR Pagoh
Kesesakan di Plus highway dari arah utara menghala ke ibu kota
Jam 10.00 malam memulakan perjalanan melalui plaza tol Alor Setar Selatan. Trafik agak lancar hingga Taiping. Trafik mula bergerak perlahan apabila melalui Changkat Jering-Kuala Kangsar. Masa tu drive hanya boleh pada kelajuan sekitar 10-30 Km/J je. Sampai di RnR Sg Perak kami berehat seketika untuk hilangkan rasa mengantuk. Sambil makan bihun sup dan teh panas. Malam tu tak rasa mengantuk langusng. Setelah rasa segar kami meneruskan perjalanan. Trafik bergerak amat perlahan di laluan Simpang Pulai-Gopeng. Ingatkan lepas Ipoh mungkin OK. Rupanya berlarutan sampai Slim River. Paling teruk bila menghampiri RnR Tapah. Langsung tak ada tempat nak parking. kami meneruskan perjalanan walaupun dalam cuaca hujan. Hujan makin lebat bila memasuki negeri Selangor terutamanya kat Rawang-Sg Buloh. kami mengambil keputusan untuk berhenti di RnR Dengkil kerana kat sg Buloh masih terlalu awal untuk solat subuh. Perjalanan berikutnya agak lancar hingga kami tiba jam 10.30 pagi.
Berhenti untuk solat subuh di RnR Dengkil

http://www.youtube.com/watch?v=jWbUQh5wot4&feature=player_embedded#t=65 

Friday, 14 June 2013

Kenangan Bersama Amy UK'S

Bersama penyanyi Ayie dan Amy UK's

Kenangan Bersama Pelajar Kejuruteraan kimia

Kenangan bersama pelajar kejuruteraan kimia sesi 2012/2013-1
Bersama sebahagian pelajar kursus pemisahan 1 


Kenduri Kahwin

Masa baru tiba di rumah kenduri


Nasi Briyani memang menyelerakan

Monday, 1 April 2013

Pengalaman Memandu dari KL-Johor Bahru

31 March 2013-bertolak dari Kampung Baru pukul 2.00 petang melalui jalan Raja Muda-jalan Tun Razak untuk ke arah selatan. Keadaan jalan tidaklah begitu sesak mungkin kerana cuti  hari minggu. Kami kemudiannya memasuki terowong SMART sebelum melalui tol Sg Besi untuk ke selatan. Walaupun dari Sg Besi hingga Seremban jumlah kenderaan makin bertambah tetapi kami masih dapat bergerak pada kelajuan biasa.Bila memasuki Melaka jumlah kenderaan agak kurang sedikit tetapi mula bertambah bila memasuki Tangkak.Apabila melalui RnR Pagoh kenderaan bergerak sedikit perlahan disebabkan kenderaan bertambah secara tiba-tiba tak tahu kenapa mungkin ramai yang mengambil kesempatan pulang ke selatan pada hari terakhir cuti penggal persekolahan agaknya. Kenderaan hanya dipandu pada kelajuan antara 50-70 km/j dan kadang-kadang terpaksa berhenti langsung. Pada masa ni banyak kenderaan mula memasuki lorong kecemasan. Kesesakan makin bertambah bila makin ke arah selatan.Kesesakan sejauh lebih 100 km adalah suatu pengalaman baru bagi saya kerana ia berlaku di luar musim perayaan.Keadaan mula reda bila melepasi Simpang Renggam. Walaupun kenderaan masih banyak tapi masih dapat memandu pada kelajuan 70-80 km/j hinggalah sampai di tol Skudai pada jam 9.00 malam. Mungkin lain kali kena plan untuk tidak pulang pada hari terakhir cuti.

Sunday, 2 December 2012

Perjalanan Menaiki Kereta Melalui Jalan Kuantan-Segamat

Semasa nak balik dari Kemaman ke JB saya telah dipelawa oleh rakan saya menaiki keretanya walaupun saya sudah terlebih dahulu membeli tiket bas. Oleh kerana ingin pulang lebih awal saya pun menerima pelawaan rakan saya. Kalau naik bas pukul 11.00 malam baru boleh bertolak tapi kalau balik dengan kereta boleh bertolak pukul 7.00 malam. Kali ni nak rasa juga pengalaman menaiki kereta pulak. Kami memulakan perjalanan dari bandar Chukai. Masa tu keadaan jalan masih terang. Kami berhenti sekejap untuk membeli keropok lekor di sebuah gerai yang terdapat di sepanjang jalan Kemaman menuju Kuantan. Selepas itu kami pun meneruskan perjalanan. Kali ni kami memilih untuk melalui LPT mungkin boleh bergerak lebih cepat berbanding jalan biasa. Masa tu jumlah kenderaan tak berapa banyak sangat. Lebih kurang 40 minit kami pun melalui jalan susur keluar ke arah Gambang. Selepas ini kami akan melalui jalan Gambang-Segamat. Jumlah kenderaan makin bertambah apatah lagi jika ada lori sebab agak sukar untuk memotong. Kenderaan juga agak banyak yang datang dari arah bertentangan mungkin sekarang ni musim cuti sekolah. Nak memotong lori kena tunggu sampai jumpa lorong memotong. Oleh kerana rakan saya sakit perut kami terpaksa berhenti seketika di hentian Paloh Hinai. Tempat rehat ni agak sunyi terasa seolah-olah macam berada di tengah-tengah hutan. Lebih kurang 15 minit kemudian kami meneruskan perjalanan. Jumlah kenderaan agak banyak menyebabkan kami hanya bergerak dalam 70 km/jam sehingga sampai simpang Chini barulah boleh laju sikit. Jalan menuju Muadzam Shah agak lengang sikit jadi kami dapat bergerak laju sikit. Dari Muadzam ke Segamat kenderaan mulai banyak. Kami tiba di Segamat dalam pukul 10.00 dan berhenti sekejap untuk mengisi minyak. Selepas itu kami meneruskan perjalanan menuju Yong Peng dan seterusnya memasuki Plus Highway dan tiba di JB dalam pukul 12.15 malam. Perjalanan melalui jalan Kuantan-Segamat dengan menaiki kereta terutamanya pada sebelah malam memang suatu pengalaman baru bagi saya. Jalan ini agak bahaya kerana sukar untuk memotong. Ada ketikanya terdapat lori yang membawa jentera berat yang datang dari arah hadapan akan memakan jalan jadi kami terpaksa mengalah. Satu lagi masa tu terdapat banyak lori yang membawa muatan kayu balak yang bergerak perlahan. Nak potong kena berhati-hati atau tunggu sehingga jumpa lorong untuk memotong.