Semalam saya nak balik ke Johor Bahru dari Kemaman. Mengikut tiket, bas dijangka tiba dalam jam 11.30 malam. Oleh kerana takut susah untuk mendapatkan teksi dari hotel penginapan saya ke hentian bas ekspress maka saya pun mengambil keputusan check-outr awal sikit. Dalam pukul 9.45 malam saya pun dah check-out. Selepas itu saya berjalan kaki menuju ke taxi-stand yang berhampiran untuk menaiki teksi ke hentian bas.Tak lama menunggu saya pun dapat naik teksi. Dalam pukul 10.00 malam saya pun dah sampai di hentian bas. Masa tu ramai juga penumpang yang berada di sana untuk menaiki bas ke destinasi masing-masing. Ada yang nak ke KL, Kota Bahru, Klang, Shah Alam, Batu Bahat dan sebagainya. Untuk ke Johor Bahru hanya ada 3 buah bas iaitu 2 bas transnasional dan satu lagi bas syarikat Adik Beradik. Ketika jam menunjukkan pukul 11.00 malam sebuah bas transnasional untuk ke Johor Bahru pun tiba.Saya tak boleh naik bas ni kerana tiket bas yang saya beli adalah bas yang akan melalui Mersing dan Kota Tinggi maka kena la tunggu bas yang satu lagi tu. Tunggu punya tunggu jam dah pun pukul 12.00 malam. Masa ni banyak bas-bas lain telah tiba dan mengambil penumpang ke destinasi yang hendak dituju.
Ketika jam menunjukkan pukul 12.30 jumlah penumpang yang masih menunggu bas makin reda hanya tingga beberapa orang saja termasuk saya. Oleh kerana merasa bimbang takut bas yang saya tunggu tu dah terlepas maka saya pun ke kounter bas trans untuk bertanyakan kalau kalau bas saya dah terlepas atau pun bas mungkin akan lewat sampai. Menurut pak cik yang menjaga kounter tersebut dia kata bas masa tu baru berada di Paka iaitu kira kira 45 minit lagi baru boleh sampai ke sini. Saya rasa lega sikit. Kalau tidak tak tahulah mungkin saya kena tidur kat masjid je lah kot sebab nak balik ke hotel pun susah sebab susah nak dapat teksi masa tu. Kalau ada pun kena bayar lebih.
Setelah menunggu beberapa lama akhirnya tinggal lah saya dan sorang penumpang remaja kat hentian bas. Masa tu penumpang lain semuanya dah naik bas.Remaja tersebut terpaksa membatalkan harsatnya untuk menaiki bas ke Melaka. Katanya dia dah terlepas bas. Esok baru dia akan bertolak ke Melaka.Dia tak risau sangat sebab dia orang situ. Tak lama kemudian teksi pun sampai untuk mengambil remaja tersebut balik ke rumahnya. Masa tu kedai sekeliling dah mula nak tutup kedai masing-masing.Nasib baik kounter pak cik tadi masih belum tutup. Beberapa kounter yang lain dah tutup. Dia tunggu sampai saya naik bas baru dia tutup kounter. Ketika jam 1.15 pagi barulah bas sampai.Bas malam ni agak lewat tiba tak tahu kenapa.Saya dah tak kisah asalkan ada bas.Nasib baik tak kena tidur di masjid. Buat pertama kali saya menjadi penumpang terakhir.
No comments:
Post a Comment