Translate

Saturday, 10 November 2012

Jalan Jalan Ke Tanjung Leman, Mersing


Tanjung Leman terletak lebih kurang 111 km dari bandar Johor Bahru. Saya berkesempatan jalan jalan ke Tanjung Leman kerana menghadiri bengkel anjuran jabatan tempat saya bekerja. Kami memulakan perjalanan dengan  memasuki tol plaza Skudai untuk melalui lebuhraya utara selatan. Tak berapa lama kemudian kami exit untuk memasuki lebuhraya Senai-Desaru dan keluar melalui tol plaza Ulu Tiram. Dari sini kami memasuki bandar Kota Tinggi untuk mengisi minyak di stesen minyak Petronas sebelum meneruskan perjalanan menuju ke arah Mersing. Kenderaan agak banyak jika anda memasuki bandar Kota Tinggi. Perjalanan dari arah Kota Tinggi-Mersing agak lancar walaupun jumlah kenderaan agak banyak. Kira-kira 44 km sebelum sampai ke Mersing kami masuk ke simpang kanan menuju Tenggaroh.


Kat sini terdapat beberapa buah felda seperti Tenggaroh 1,2,3 dan Tenggaroh timur. Jalan ini juga boleh digunakan untuk menuju jeti ke pulai Sibu. Dari simpang jalan besar ke Tanjung Leman jauhnya kira-kira 30 km atau setengah jam perjalanan. Dari Skudai hingga ke Tanjung Leman kami mengambil masa kira kira 2 jam perjalanan. Di sana kami menginap di Felda Residence Tanjung Leman. Kedudukannya berhampiran laut menjadikan kawasan ini tempat percutian yang menarik jika anda berkelapangan mengunjunginya. Di sini terdapat berbagai kemudahan seperti memancing, snorkling, jalan-jalan sambil menaiki bot atau anda boleh bermain bosa sepak pantai atau volley ball. Di sini juga terdapat kolam renang. Kalau ada masa saya bercadang untuk kesana sekali lagi.


Jalan Jalan Di Tepi Pantai


Kolam Renang

















No comments:

Post a Comment