Tanjung
Piai yang terletak di negeri Johor adalah merupakan hujung paling
selatan tanah besar Asia. Tanjung Piai juga sesuai dijadikan tempat
kunjungan untuk berekreasi dan bersantai bersama keluarga dan rakan
rakan. Disamping itu kita akan dapat mengenali dengan lebih dekat hutan
paya bakau yang memang tumbuh dan hidup subur di kawasan pantai
khususnya di pantai barat semenanjung. Aktiviti seperti berjalan kaki
memang sesuai untuk kita semua yang ingin menjaga kesihatan. Selain itu
ianya juga dapat menerapkan rasa cintakan alam sekitar negara kita.
No comments:
Post a Comment