Translate

Saturday, 6 October 2012

Naik Bas Dari Kemaman ke Johor Bahru-Penumpang Terakhir

Semalam saya nak balik ke Johor Bahru dari Kemaman. Mengikut tiket, bas dijangka tiba dalam jam 11.30 malam. Oleh kerana takut susah untuk mendapatkan teksi dari hotel penginapan saya ke hentian bas ekspress maka saya pun mengambil keputusan check-outr awal sikit. Dalam pukul 9.45 malam saya pun dah check-out. Selepas itu saya berjalan kaki menuju ke taxi-stand yang berhampiran untuk menaiki teksi ke hentian bas.Tak lama menunggu saya pun dapat naik teksi. Dalam pukul 10.00 malam saya pun dah sampai di hentian bas. Masa tu ramai juga penumpang yang berada di sana untuk menaiki bas ke destinasi masing-masing. Ada yang nak ke KL, Kota Bahru, Klang, Shah Alam, Batu Bahat dan sebagainya. Untuk ke Johor Bahru hanya ada 3 buah bas iaitu 2 bas transnasional dan satu lagi bas syarikat Adik Beradik. Ketika jam menunjukkan pukul 11.00 malam sebuah bas transnasional untuk ke Johor Bahru pun tiba.Saya tak boleh naik bas ni kerana tiket bas yang saya beli adalah bas yang akan melalui Mersing dan Kota Tinggi maka kena la tunggu bas yang satu lagi tu. Tunggu punya tunggu jam dah pun pukul 12.00 malam. Masa ni banyak bas-bas lain telah tiba dan mengambil penumpang ke destinasi yang hendak dituju.

Ketika jam menunjukkan pukul 12.30 jumlah penumpang yang masih menunggu bas makin reda hanya tingga beberapa orang saja termasuk saya. Oleh kerana merasa bimbang takut bas yang saya tunggu tu dah terlepas maka saya pun ke kounter bas trans untuk bertanyakan kalau kalau bas saya dah terlepas atau pun bas mungkin akan lewat sampai. Menurut pak cik yang menjaga kounter tersebut dia kata bas masa tu baru berada di Paka iaitu kira kira 45 minit lagi baru boleh sampai ke sini. Saya rasa lega sikit. Kalau tidak tak tahulah mungkin saya kena tidur kat masjid je lah kot sebab nak balik ke hotel pun susah sebab susah nak dapat teksi masa tu. Kalau ada pun kena bayar lebih.

Setelah menunggu beberapa lama akhirnya tinggal lah saya dan sorang penumpang remaja kat hentian bas. Masa tu penumpang lain semuanya dah naik bas.Remaja tersebut terpaksa membatalkan harsatnya untuk menaiki bas ke Melaka. Katanya dia dah terlepas bas. Esok baru dia akan bertolak ke Melaka.Dia tak risau sangat sebab dia orang situ. Tak lama kemudian teksi pun sampai untuk mengambil remaja tersebut balik ke rumahnya. Masa tu kedai sekeliling dah mula nak tutup kedai masing-masing.Nasib baik kounter pak cik tadi masih belum tutup. Beberapa kounter yang lain dah tutup. Dia tunggu sampai saya naik bas baru dia tutup kounter. Ketika jam 1.15 pagi barulah bas sampai.Bas malam ni agak lewat tiba tak tahu kenapa.Saya dah tak kisah asalkan ada bas.Nasib baik tak kena tidur di masjid. Buat pertama kali saya menjadi penumpang terakhir.

Tuesday, 28 August 2012

Jalan Jalan Di Bukit Merah Lake Town Resort



Raya puasa yang lepas(2012) kami berkesempatan berkunjung ke Bukit Merah Lake Town Resort. Terletak tidak berapa jauh dari simpang empat Semanggol. Tempat ni best jugak untuk dilawati.Cuma kami tak bawa baju basah jadi kami hanya jalan jalan dan naik chair lift dan sky cycle je. Anda juga boleh masuk ke rumah hantu kalau ada berani. Tetapi kalau anda nak jalan jalan sekitar tasik pun boleh sambil menikmati pemandangan yang mempersonakan. Biasanya tempat ini menjadi tarikan pengunjung terutama pada masa cuti persekolahan dan cuti hujung minggu.

Friday, 13 July 2012

Kampung Sungai Papan Mukim Tebenggau

Dah agak lama ya saya tidak menulis.Entri kali ini adalah berkenaan dengan sebuah tempat yang terletak di negeri Kedah iaitu Sungai Papan. Kebanyakkan tempat di negeri Kedah adalah sempena nama sungai. Contohnya Sg Limau, Sg Nonang, Sg Papan dan sebagainya. Sg Papan terletak lebih kurang 15 km dari bandar Alor Setar. Untuk ke Kuala Kedah pun tidak berapa jauh iaitu lebih kurang 20 minit memandu. Sg Papan terletak antara jalan Yan-Kuala Kedah. Sg Papan dikelilingi oleh sawah padi yang luas dan terletak berhampiran dengan pantai. Kalau cuaca baik dapatlah lihat pulau Dayang Bunting, Langkawi.

Di sini terdapat sebuah sekolah kebangsaan. Sekarang ni dah ada beberapa kedai runcit dan pasar mini yang dibina di Taman Hj. Othman. Kalau nak beli ikan, kerang dan udang pun tak ada masalah. Ada ramai penjual yang menjual di tepi jalan.Kadan kadang boleh dapat ikan fresh.

Monday, 30 April 2012

Berehat Di Hotel Shafura

                       Sebaik saja tiba di bandar Chukai, Kemaman kami pun check in di hotel Shafura.Kat sini tak ada masalah kalau nak cari kedai makan.Cuma kalau hari Jumaat tak banyak kedai makan yang dibuka.

Bilik ini agak luas dan selesa


Sunday, 15 April 2012

Pengalaman menakutkan semasa menaiki bas ekspres

Malam Sabtu yang lepas saya menaiki bas ekspres dari JB ke KT.Bas bergerak seperti biasa sehingga melepasi pekan Segamat. Antara Segamat ke Muadzam Shah keadaan jalan agak lurus. Bas memang bergerak agak laju tatkala melalui jalan ini. Tiba-tiba ketika hendak memotong treler kelihatan beberapa orang sedang melintas di hadapan. Pemandu bas yang menyedari ada orang melintas cuba menekan brek kecemasan untuk memperlahankan bas untuk cuba masuk semula kikiri dengan membiarkan treler berada di hadapan semula . Ketika itu sebahagian penumpang yang sedang tertidur mungkin agak terkejut sedikit. Nasib baik tak ada apa-apa yang berlaku. Sebaik melepasi pekan Muadzam hujan telah turun dengan agak lebat. Saya rasa agak takut kerana bas masih bergerak laju walaupun permukaan jalan agak licin dan pemandangan melalui cermin hadapan agak kabur. sesekali dapat dilihat percikan air bila bas terlanggar lopak-lopak air yang bertakung akibat hujan. Mungkin pemandu sudah biasa kot memandu dalam keadaan hujan lebat terutamanya di sebelah malam.

Saturday, 24 March 2012

Exora After 3 years

My Exora was bought 3 years ago and until now it is still in good condition. I drive it every day and of course will drive it for balik kampung as well. To me this MPV is considered good because I bought it not for speeding that is why I don't even care if other people saying that this MPV is under-power. During balik kampung I usually drive this MPV from JB to Alor Setar with 6 occupants plus our big luggage. So far it is still a reliable MPV. I still can do overtaking while it is necessary and it can move at normal speed without having much problem. For your information, this MPV is the first batch of production. I have heard many complaints about air-conditioning system which is due to thermostat failure but so far air-condition still can function quite well. However there are few things that I have identified the only problems so far: radio system and airbag. Radio problem is now has already been rectified and now can function as normal. About airbag, I will bring it to a service outlet to fix the problem very soon. As of now I already replaced all the tires from a standard one to continental. It looks better in terms of road handling and stability. Last week I brought my Exora for checking the airbag system. Finally the mechanics found that it was a minor problem due to the pin that connecting it to the airbag system has been released. Now the problem has been solved.

Friday, 23 March 2012

Menyusuri Jalan Yan-Sg Petani Menuju Kulim

Perjalanan dari Kuala Kedah menuju ke kulim biasanya memakan masa antara 1 jam setengah hingga 2 jam bergantung kepada laluan yang ingin dilalui. Jika anda ingin menikmati pemandangan indah berlatarbelakang sawah padi dan bukit maka Jalan Yan-Sg Petani adalah pilihan terbaik.