Translate

Monday, 5 September 2011

Perjalanan Balik Kampung Aidilfitri 2011




Seperti biasa kalau balik kampung mesti menggunakan Plus Highway. Balik kampung pada 26.8.2011 hari Jumaat. Mula bertolak dari rumah jam 8.10 pagi.Cuaca pada masa itu hujan renyai.Sepanjang perjalanan dari Skudai ke KL hujan berterusan cuma kat Melaka cuaca tidak hujan.Keadaan trafik agak lancar dengan tiada kesesakan langsung.Kami melalui Lebuhraya Elite sebelum melalui sg Buluh tepat jam 1.00 tghari.Kami hanya berhenti seketika di RnR Pagoh untuk mengisi minyak.Dari sg Buluh ke arah utara keadaan trafik juga baik cuma keadaan jalan agak sesak selepas keluar dari terowong Menora kerana terdapat kemalangan yang melibatkan 3 kenderaan. Pada keseluruhannya keadaan trafik semasa balik kampung memang baik. Kami tiba di Parit Buntar jam 5.30 petang.

Semasa balik ke Johor kami memulakan perjalanan dari Kulim hari Ahad (4/9/11) jam 9.30 pagi dan tiba di Skudai jam 7.45 petang. Lebuhraya dipenuhi banyak kenderaan.Terdapat sedikit kesesakan berhampiran terowong Menora dan RnR Tapah.Hampir kesemua kawasan rehat dipenuhi orang ramai.Sukar mencari tempat parkir.Kami hanya berhenti seketika di stesen Petronas Semanggol jam 10.50 pagi untuk mengisi minyak dan membeli minuman. Selepas itu meneruskan perjalanan ke selatan. Kami menghadapi kesukaran untuk berehat di solat di RnR kerana tiada ruang untuk parkir kenderaan.Semuanya penuh sesak.Sehingga di RnR Seremban pun masih sesak lalu saya mengambil keputusan berhenti di tepibahu jalan berhampiran stesen petronas.Selepas itu meneruskan perjalanan sebelum berhenti di RnR Air Keroh Melaka. Disini keadaan agak selesa dapat berhenti dan parkir. Ketika itu jam 4.30 petang.Kami meneruskan perjalanan jam 5.00 petang. Disebabkan untuk menggelak daripada memandu disebelah malam saya mengambil keputusan untuk mengisi penuh minyak kerana selepas ini kami memandu terus ke destinasi tanpa perlu berhenti lagi. Namun sangkaan kami yang keadaan trafik akan baik mula meleset bila tiba di KM40 berhampiran Sedenak.Tak tahu macam mana tiba-tiba keadaan manjadi begitu sesak.Sampai kena memberhentikan kenderaan. Kemudian memandu selaju 30-60 kmsj.Pada masa itu banyak kenderaan cuba menggunakan laluan kecemasan.Hinggalah di KM 33 berhampiran Kulaijaya barulah trafik mulai baik dan kami dapat memandu pada kelajuan normal.