Translate

Wednesday 2 December 2009

Pemanduan di PLUS Highway



Perjalanan yang jauh memerlukan kita untuk berehat seketika. Umpamanya perjalanan dari Johor Bahru ke Alor Setar yang memerlukan pemanduan selama 8 jam atau pada jarak 800 km memang begitu memenatkan lebih lebih lagi jika pemandu hanya seorang.Maka kita perlu berehat untuk setiap 2 jam pemanduan. R&R lah yang menjadi destinasi untuk berehat atau pun solat dan ke tandas.

Monday 23 November 2009

Abdul Malek Kembali Kerahmatullah


Abdul Malek Mohd Yusof pembantu makmal di Jabatan Kejuruteraan Bioproses, FKKKSA,UTM Skudai, Johor telah kembali kerahmatullah pada jumaat malam (20/11/2009) dalam pukul 11.00 malam dan telah selamat dikebumikan di kampung mertuanya di Negeri sembilan pada hari sabtu.Beliau telah meninggalkan seorang balu dan dua orang anak. Anak sulung beliau baru-baru ini telah mendapat 5A dalam UPSR di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1, Johor Bahru.
Al-fatihan untuk beliau. Amin.

Monday 16 November 2009

Masa..oh..Masa

Masa pantas berlalu
meninggalkan kita memori
Yang muda menjadi tua
Yang kecil menjadi dewasa
Masa oh masa
Perginya ia tanpa dapat diperoleh semula
Apakah kita lupa siapa kita?
Sejauh mana kita menapak kehadapan
Di mana kita berdiri?
Ke arah mana kita menghala?
Dalam meniti arus perjalanan hidup
Apa sumbangan kita pada bangsa,agama dan negara?
Kita masih lagi dibuai mimpi...
Di hadapan TV kita masih leka.
Apakah kita sudah lupa...
Tujuan kita dicipta..
Apa yang patut kita buat?
Sebelum kita terlambat.

Tuesday 10 November 2009

Pengalaman Memandu Di Lebuhraya

Duduk tak duduk dah 13 tahun pengalaman memandu di lebuhraya. Masa mula-mula dapat lesen terus beli kereta kancil. Masa tu tahun 1996. Memandu kat lebuhraya pada masa tu tak lah berapa mencabar.Kenderaan pun tak banyak sangat. Tapi sekarang memandu kat lebuhraya dah rasa kurang selamat. Kenderaan bertambah dengan banyaknya.Sikap pemandu yang memandu dengan cuai dan pertambahan kenderaan berat turut menyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan.Baru baru ini treler yang membawa muatan gelung besi mengalami tayar pecah dan gagal dikawal. Nasib baik tidak mengakibatkan kemalangan maut kepada pemandu CRV yang terlanggar lori tersebut yang merintangi lebuhraya.Memandu semasa hujan lebat dan pada waktu malam juga berbahaya. Ini disebabkan jarak penglihatan yang terhad dan kemampuan membrek yang kurang menjadikan waktu tersebut meningkatnya jumlah kemalangan.Contohnya semasa hujan lebat masih ada kenderaan yang tidak memasang lampu. Segelintir pemandu pula lebih gemar memasang hazard light. Ini amat berbahaya kepada pengguna pengguna yang lain.Dulu hanya ada dua lorong kecuali lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur. Walau apa pun sikap pemandu masih lagi menjadi faktor penyumbang terbesar kepada kadar kemalangan jalanraya.

Saturday 24 October 2009

Darjah Enam Merah Sekolah Sri Siakap

Rakan-rakan sekalian. Masih ingatkah lagi yang kita pernah belajar dalam satu kelas yang sama iaitu darjah 6 Merah sekolah kebangsaan Sri Siakap, Kuala Kurau, Perak. Masa tu tahun 1977 dimana guru kelas adalah En Ghazali.Antara rakan-rakan yang masih diingati adalah seperti Jamil Yahya (sekarang guru di sekolah Parit Buntar), Razak Salleh (dulu pernah belajar di USM), Norkhaslina (USM), Nuri, Johari, Halim Din, Aki, Rashidi, Farehah, Tajudin, Roslia Mat Desa(anak Cikgu Zainab), Sarina Hashim,Hassan Basri, Adnan, dan lain-lain lagi. Memang best masa tu. Kita seperti adik-beradik. Walaupun dah lebih 30 tahun tetapi kenangan tu masih segar dalam ingatan.Masa tu sukan memang menjadi kegemaran kita. ingatkah lagi pada cikgu Yahya guru senaman kita.Moga di suatu hari nanti kita akan dapat berjumpa seperti mana 32 tahun yang lalu.

Memori Kursus TK3


Foto dirakam dalam sekitar bulan Disember 2008

Minggu Peperiksaan Dah Nak Mula


Pak Ramli Dalam Kenangan


Arwah Pak Ramli sedang menyembelih arnab semasa raya puasa yang lalu. Gambar dirakam pada petang 27/9/2009 di rumahnya di Permatang Tok Dik, Padang Serai, Kedah. Pak Ramli telah kembali ke rahmatullah pada pagi 10/10/2009.

Wednesday 14 October 2009

Galeri Foto Jamuan Bersama Pelajar






13.10.2009-Jamuan Bersama pelajar-Pelajar skf1023-sn06

Sunday 11 October 2009

My PhD Experience

Hi guys I'm gonna share with you my experience during my PhD . At that time I have two supervisors to choose from. I don't know whom I should choose. After giving some thoughts I finally decided to choose the supervisor that already well-established in terms of research and facilities.

The first thing that I must consider before doing PhD is the research grant. To conduct research one must have the budget.After completing the application form I then submitted it to my head of department for getting approval before I can proceed with the study leave application. To my surprise the head of department refused to give an approval since the supervisor that I have chosen was not from my department. At that time, cross departmental was not encouraged. In about a week later, I have to rewrite the proposal and my head of department suggested me with the new supervisor. I was very fortunate that my new supervisor have helped me a lot during preparation of my new research proposal and I managed to submit it within one week. Once I got the approval then I can start with the research. But I was worried about the budget. My new supervisor had just submitted the application for getting the research grant. He asked me to stay focus to my studies without too much worry about the money to run the research. Fortunately, I got a friend who also doing a research in the similar area and under my new supervisor.

At the initial stage, we have to work together to design the main rig needed in this study. We spent for about 5 to 6 months for designing and testing this major equipment. Our first raw data only available in the third semester. We were so worried about collecting data because the data almost cannot be used at all. The problems need to be rectified immediately. We have to work day and night to make sure that the equipment can work accordingly. Finally we managed to get the reasonable data that we need to use it in our progress report.

In the following semester, the data collection process was running very smoothly. After fourth semester my friend was successfully graduated in his M.Sc. Then, after almost 3 years the data required for my studies were already complete and enough for thesis writing-up. Yet, another problem awaits me. That is modeling that had made me scary and worry. I need to spent another 6 months just to really understand how the model works. To employ the model is another story. This problem totally dragged my PhD for semesters.

After a 4 year period was ended, I have to report for my duty. This really made me headache. I can't cope with it. I just keep on registering from semester to semester but my attention to PhD at that time was really out. No major progress has been reported. That time was really difficult for me. To write the thesis is actually more tougher and more difficult than collecting the experimental data. I'd never realized this before. During my tough time I can only see one by one of my colleagues had graduated with their PhD. Their success had really inspired me to work harder and harder.

Deep into my heart, I only have one word that is: "Whatever problem come to me I can handle and accept it but to fail PhD is never at all". The turning point only began in the last 2 semesters. I stay focused to my thesis writing-up. I did a review from topic to topic. When everything is completed I then print it out and gave a copy to my best friend for corrections and proof reading. It took about a month to finish.

Thesis writing need to improved and another thing is to add some updated references. It was really hectic. Only in the final semester I managed to submit the thesis for the oral examination.

I can conclude that we must pay attention and stay focus to what we are doing. Writing is the most difficult task. Never take it lightly. We should never give up to what we are doing. Do to our very best whatever we do. My final remarks is " I won't be like I am today if without the support from all my very best friends.

Foto dengan Pakndak Sekeluarga

Foto ini dirakam semasa kunjungan Pakndak dan keluarga ke rumah saya di JB pada 11/10/2009.



VIDEO PANDAK MAI RUMAH

Saturday 10 October 2009

PAKNDAK MAI RUMAH










PBL COMPETITION

10 October, 2009-Finally the PBL 2009 has come to an end. Today 18 teams compete with each other. Only top three will be chosen as the winner. I have been in the session no 2 to chair the presentation. Greentech shows quite an outstanding performance and the team is expected to be the top for the best presentation for session 2. JS team from our section also has shown a very good presentation. Even if they do not win the competition but I can salute them. They did to their very best.

Wednesday 7 October 2009

Foto Raya 2009







Foto Semasa Pembentangan PBL3




























Semuanya hebat-hebat belaka.

PBL finalist




Akhirnya dua team terpilih ke final competition yang akan diadakan pada 10/10/09 nanti. Tahniah kepada team JS dan Hydrogen.

Saturday 3 October 2009

Hashim Di kuala Sala


Semasa di rumah cik Jaq di Kuala Sala, Kedah.

Singgah Kat R&R Highway


Ini adalah foto yang diambil semasa singgah di R&R jejantas Sg Buloh semasa dalam perjalanan balik kampung semasa raya 2009.

Masa Balik Raya 2009

Tuesday 29 September 2009

Cara mengawal penggunaan kad kredit

Anda memiliki kad kredit? Satu, dua atau tiga atau lebih dari itu. Kalau satu mudah sikit mengawalnya. Caranya mudah. Anda hanya perlu gunakan kad kredit hanya bila perlu sahaja. Elak menggunakannya bila anda masih ada cash di tangan atau dalam bank. Satu lagi jika anda guna RM 500, anda bayarlah RM 500 bila bil sampai. Jangan bayar jumlah yang minima atau RM 50 sahaja. Dengan cara ini tidak ada bunga akan dikenakan. Kalau bayar jumlah yang minima sudah tentu bil bulan depan akan terus meningkat ditambah dengan bunga yang dikenakan. Kalau ada hutang tertunggak cuba bayar lebih dari yang digunakan. Misalnya jika bil anda dan tunggakan berjumlah RM 1000 tapi anda tak mampu bayar RM 1000. Pada masa ini hentikan menggunakan kad kredit. Cuba bayar RM 500 untuk selama dua bulan berturut-turut. Mudahkan. Satu lagi kepada yang muslim apa kata kita beralih kepada kad kredit Islam.

My two cents

Penyaman Udara Exora selepas 10,000 KM

Wahai teman-teman sekalian, jangan terkejut jika penyaman udara mpv anda tiba tiba tidak lagi sejuk seperti mana sebelumnya. Kawan saya mengalaminya semasa Exora mencatat 10,000 km mileage. Ada juga yang kata mengalaminya selepas 7000 km. Setakat ini Exora saya dah catat 6500 km. Tapi belum ada tanda-tanda yang penyaman udara akan mula tidak berfungsi. Menurut kawan saya, penyaman udara tidak sejuk disebabkan sensor aircond mengalami kerosakan. Selepas menghantar ke pusat servis, penyaman udara kembali berfungsi seperti biasa.


Hanya sekadar berkongsi pengalaman

Sunday 27 September 2009

Pemanduan Exora Semasa Balik Kampung

Selepas servis kedua iaitu 5000 km, pemanduan Exora dirasakan lebih bertenaga. Semasa balik kampung baru baru ini saya telah memandu Exora dari tol Sekudai hingga tol Bandar Baharu. Pemanduan Exora memang begitu lancar tanpa sebarang masalah walaupun terpaksa melalui jalan berbukit mulai terowong Menora hingga exit Kuala Kangsar. Pengasingan jalan berhampiran Simpang Pulai juga menyumbang kepada kelancaran trafik.Penyaman udaranya memang terbaik dalam kelasnya. Memang selesa berada didalamnya. Anak-anak saya memang puas hati dan tidak merungut semasa berada di dalamnya. Kemudian pada hari ketiga raya kami bertolak ke Alor Setar. Masa yang diambil hanya 2 jam disebabkan trafik agak lancar di sepanjang lebuhraya.Secara keseluruhannya memandu Exora memang best dan tidak menjemukan walaupun untuk perjalanan yang jauh yang menjangkau 800 km dari JB ke Alor Setar.

Kemalangan Mengerikan di musim perayaan

Satu kemalangan jalanraya telah berlaku pada 13.9.2009 lebih kurang jam 3.00 petang di Jalan Ipoh-Taiping berhampiran Sg Bogak yang melibatkan dua buah kereta. Kemalangan telah mengorbankan 3 orang termasuk sepasang suami isteri yang juga merupakan seorang guru besar sekolah kebangsaan kuala kurau dan guru sekolah simpang lima.Sebuah daripada kereta yang terlibat telah terputus dua.

Nyaris Kemalangan

Kelmarin semasa memandu di KM 16 Jalan Yan-Batas Paip berhampiran Sg Nonang, Kedah sebuah motorsikal yan ditunggang secara laju telah memotong kereta saya semasa hendak membelok kekanan. Walaupun signal telah dberi tetapi penunggang tersebut tidak mengendahkannya.

Saturday 12 September 2009

Kak Ipar dan Sepupu Kemalangan

10/9/09-Parit Buntar, Rosli b Harun, 36 dan Kak Mi, 42 telah terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah van dan proton savvy di jalan Kuala Kurau-Parit Buntar berhampiran Batu 8. Kemalangan berlaku lebih kurang jam 7.00 pagi.Pemandu savvy meninggal dunia ditempat kejadian, manakala Rosli dan Kak Mi mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Taiping.

Saturday 29 August 2009

Rumah Mertua


Inilah rumah mertua saya yang terletak di Kampung Sg Papan, Kedah. Rumah ini ini juga menjadi destinasi wajib tiap kali balik kampung. Makngah dan anak perempuannya semasa berkunjung ke rumah mertua saya pada hari raya aidilfitri 2008 yang lalu.