Translate

Wednesday, 30 November 2011

Menaiki Bas Ekspres Ke Utara

Pada cuti yang lepas (18/11/11) saya pulang bercuti ke utara tanah air kerana menghadiri kenduri arwah ayah saya. Oleh kerana saya hanya balik seorang saja saya memilih untuk balik dengan bas saja. Saya memilih perjalanan di waktu siang kerana dapat juga menikmati pemandangan disepanjang perjalanan. Kalau balik malam nanti takut sampai awal pagi nanti susah juga bila terpaksa naik teksi sapu untuk ke kampung saya.Kalau balik siang tak ada masalah sangat kerana dijangka sampai lewat petang. Kali ni tunggu bas tak la lama sangat. Bas tiba dalam jam 11.00 pagi.Saya mencongak dalam pukul 7.00 petang sampailah saya ke destinasi yang dituju. Perjalanan melalui PLUS tiada masalah. Jam 2.15 petang kami dah pun sampai di lebuhraya ELITE.Bas berhenti seketika dalam 20 minit di hentian USJ. Saya mengambil peluang untuk ke tandas dan solat. Sebelum turun saya dah tanya bas berhenti berapa minit. Pemandu bas kata dalam 20 minit je. Saya mencongak. Kalau 20 minit memang cukup kalau nak solat. Selepas selesai semuanya saya pun masuk semula ke dalam bas. Bas pun meneruskan perjalanan. Lepas ini kalau bas berhenti saja kami akan mengambil peluang untuk ke tandas kerana tak tahu pula bas akan berhenti kat mana. Takut-takut tak boleh tahan nanti.Kebetulan hari tu cuaca agak sejuk kerana hujan telah turun sejak dari Air Keruh lagi. Tiba-tiba bas keluar di susur keluar ke Bidor. Mungkin ada penumpang nak turun di pekan Bidor kot?. Memang betul. Ada 2-3 orang turun di situ. Lepas tu bas meneruskan perjalanan. Bas tidak melalui lebuhraya sebaliknya melalui jalan Bidor-Kampar-Gopeng-Ipoh. Jam 5.00 petang kami pun tiba di hentian Medan Gopeng di Ipoh. Saya mencongak lagi mungkin dalam jam 6.30 saya boleh sampai ke destinasi lalu menelefon adik saya supaya menunggu saya di hentian rehat Bukit Gantang sebab saya tak naik turun di Butterworth sebab nanti terpaksa berpatah balik nanti lewat sampai. Sangkaan saya meleset. Jam 6.00 petang selepas mengambil dan menurunkan penumpang bas meneruskan perjalanan. Sebelum bas bergerak saya dah beritahu yang saya nak turun di hentian sebelah Bukit Gantang. Seperti tadi, bas hanya melalui jalan kampung (trunk road). Laluan berikut adalah melalui pekan Chemor-Sungai Siput-Kuala Kangsar. Masa tu keadaan jalan dah mulai gelap. Bas bergerak agak perlahan. Akhirnya kami tiba di stesen bas Kuala Kangsar dalam jam 8.30 malam. Hanya selepas Kuala Kangsar barulah bas memasuki semula lebuhraya utara-selatan. Sebaik tiba di hentian rehat Bukit Gantang saya pun turun. Masa tu jam dah pukul 9.00. Hujan masih renyai-renyai. Tapi saya dah tak kisah sebab lepas ni saya akan naik kereta adik saya. Rasa macam dah serik balik dengan bas ekspres. Kalau bas melalui lebuhraya secara terus menerus keadaan mungkin berbeza. Mungkin boleh tiba lebih awal.