Translate

Monday, 12 December 2011

Memandu Ke Batu Pahat Pergi Kenduri Kahwin

Sekaran ni memang musim kenduri kahwin. Hari Sabtu yang lepas (10 Disember 2011) saya memenuhi undangan kenduri kahwin rakan baik saya di Batu Pahat, Johor. Saya membawa semua ahli keluarga. Kami memulakan perjalanan dari tol Skudai dalam pukul 11.00 pagi.Selepas memasuki lebuhraya kami dapati jumlah kenderaan agak banyak mungkin ramai yang mengambil kesempatan untuk balik kampung menuju ke utara.Tambahan pula banyak lori yang memandu perlahan ini menyebabkan kami yang berada di lorong kiri sukar untuk ke lorong kanan bagi memotong kenderaan yang bergerak perlahan. Keadaan tersebut berlarutan sehingga sampai ke hentian sebelah Simpang Renggam. Selepas itu perjalanan seterusnya agak lancar. Kami berhenti seketika untuk ke tandas di hentian sebelah Yong Peng.Setelah 20 minit berehat kami meneruskan perjalanan. Kami keluar melalui tol Pagoh untuk ke Batu Pahat.Selepas membayar tol kami terjumpa simpang tiga. Kalau memandu kekanan ia menuju ke Johor Bahru tapi kalau kekiri ia akan menghala ke Muar.Disebabkan saya tidak pernah ke Batu Pahat maka saya mengambil keputusan untuk kekiri saja iaitu menuju Muar. Papan tanda menunjukkan 22 km lagi kami akan sampai ke pekan Muar.Laluan yang diambil tidak lah berapa sibuk jadi kami dapat bergerak dengan lancar cuma bila melalui pekan-pekan kecil kami terpaksa memperlahankan kenderaan.Bila menghampiri pekan Muar terdapat tanda arah ke Batu Pahat lalu kami belok kekiri.Sangkaan kami mungkin tak lama lagi sampailah kami ke destinasi yang dituju.Selepas 30 minit memandu kami dapati tiada papan tanda yang menunjukkan arah ke Semerah.Cuma ada Parit Jawa dan beberapa nama tempat yang saya tidak tahu.Bila sampai dipenghujung simpang kami membelok kekanan.Malangnya papan tanda menunjukkan arah ke Melaka.Baru saya sedar yang kami tersasar. Saya memberhentikan kenderaan di bahu jalan untuk bertanyakan seseorang di sebuah gerai makan di tepi jalan.Memang benar kami dah tersesat jalan. Saya pun segera mmbuat U turn dan menuju ke Pekan Parit Jawa.Kemudian membelok ke kanan menuju arah ke Batu Pahat.Supaya kami tidak terus tersasar saya pun menelefon rakan untuk bertanyakan arah perjalanan.Lalu rakan saya pun kata kami memang berada pada laluan yang betul cuma perlu memandu dalam 30 minit barulah sampai ke tempat yang ditiju.Akhirnya kami pun sampai dalam pukul 2.40 petang. Sepatutnya kami boleh sampai dalam pukul 1.00 petang.Setibanya kami di sana kami dipelawa ke tempat duduk dan dijamu makan nasi briani dengan menu gulai daging dan ayam serta beberapa menu lain. Semasa balik kami tidak menghadapi sebarang masalah. Laluan yang kami lalui adalah menggunakan jalan Semerah-Batu Pahat-Ayer Hitam sebelum kami memasuki lebuhraya di susur masuk Ayer Hitam.Pada petang tersebut keadaan trafik agak lancar.Cuma terserempak dengan sekumpulan remaja yang merempit dan menunjukkan aksi berbahaya di atas lebuhraya.










Sekumpulan remaja sedang beraksi di atas lebuhraya