Translate

Wednesday, 23 October 2013

My Exora After 4.5 years


21 Oktober 2013- Kejadian berlaku semasa saya hendak ke pejabat semula selepas menghantar anak ke sekolah Agama. Ketika dalam perjalanan menaiki bukit tiba tiba enjin kereta mati serta merta. Perkara pertama yang saya kena buat adalah memasang hazard light supaya dapat memberi isyarat kepada kenderaan di belakang. Kemudian saya menolak gear dalam keadaan parking sambil menarik brek tangan. Selepas itu saya cuba menghidup enjin beberapa kali namun gagal. Masa tu saya ingat bateri ada masalah. Saya pun turun dan cuba menghubungi AAM untuk meminta bantuan. Saya juga call isteri saya sebab saya tak jumpa cari kad AAM (sebab panik). Disebabkan pada masa tu agak banyak kenderaan yang lalu lalang maka saya terpaksa juga menjadi polis trafik. Tak lama kemudian isteri saya pun tiba. Rasa lega sikit sebab isteri saya dah tolong letakkan safety triangle kat belakang kereta jadi tak payah jadi polis trafik lagi. Sementara menunggu krew AAM tiba ramai juga rakan-rakan dan pelajar saya yang berhenti untuk bertanyakan masalah dan ada juga yang offer bantuan. Tapi saya kata krew AAM on the way. Setengah jam kemudian krew AAM pun tiba. Setelah memeriksa kereta didapati bateri bukanlah puncanya. Katanya mungkin ada masalah lain. Mungkin fuel pump atau timing belt sebab kereta sekarang banyak pakai sistem elektronik jadi susah juga nak detect puncanya. Krew AAM tersebut pun mencadangkan agar saya meminta bantuan lori penunda. Kali menunggu lori penunda sampai agak lambat mungkin jalan dah mula jem. Kira kira sejam kemudian lori penunda pun sampai. Saya mencadangkan agar kereta tersebut dihantar ke bengkel untuk diperiksa. Lagi pun masa tu dah hampir pukul 5.00 petang takut-takut bengkel dah tutup.Saya terpaksa call ke bengkel bagi memaklumkan yang saya on the way ke bengkel. Salah seorang kakitangan kata dia orang boleh tunggu sampai kereta saya tiba di sana. Setelah tiba di bengkel, seorang mekanik bengkel tersebut telah dapat detect masalah sebenar selepas mendiagnosis menggunakan sistem komputer. Katanya sensor enjin ada masalah dan perlu diganti. Oleh sebab spare part tiada maka saya terpaksa tinggal kereta tu kat bengkel je. Spare part tersebut kena diorder dari Larkin katanya. Sebaik siap mereka akan hubungi saya untuk mengambil kereta. Jam 5.00 petang hari berikutnya saya dihubungi untuk ambil kereta sebab dah siap dibaik pulih. Moral of the story, jangan mudah panik bila dalam keadaan kesulitan terutamanya bila kenderaan rosak di tengah jalan. Satu lagi make sure ada kad AAM atau setaraf dengannya yang boleh memberikan bantuan diwaktu memerlukan sebab kalau tidak terpaksa menyerahkan kereta untuk ditunda ke bengkel yang bukan pilihan kita oleh lori tunda yang mungkin mengambil kesempatan.

Saturday, 12 October 2013

Catatan Balik Raya di Kedah (2013)


Kami memulakan perjalanan jam 2.30 petang dari Kulim melalui susur masuk lebuhraya di Bertam arah ke utara menuju Alor Setar. Tiba di plaza tol Alor Setar jam 4.00 petang. Kami singgah sebentar di Tandop untuk beli juadah berbuka puasa. Kat sini kalau bulan puasa memang senang nak cari juadah kerana terdapat pelbagai gerai yang menjual pelbagai juadah dengan harga yang berpatutan.