Translate

Thursday, 7 August 2014

Balik Raya Melalui Jalan Muadzam-Gambang-KL (LPT)


Pondok pemeriksaan pihak berkuasa

Kami mula bertolak pada jam 8.35 pagi dari Muadzam Shah dan tiba di plaza tol gambang jam 9.35 untuk masuk ke LPT.Setelah memasuki LPT kami berhenti sekejap di RnR Gambang (10.00 am). Jam 10.20 kami meneruskan semula perjalanan.keadaan jalan lebuhraya LPT agak baik dan tak banyak kenderaaan pada masa tu. Jam 12.20 tengahari kami tiba di plaza tol karak untuk menuju ke arah KL.Bila masuk KL kenderaan agak banyak hingga terpaksa bergerak agak perlahan.Kami tersalah arah bila mendapati ia menuju kearah Seremban.Nasib baik di depannya ada signboard menunjukkan jalan menuju ke arah jalan duta untuk memasuki ke lebuhraya  plus.

 
Ke arah Gambang yang berkabus

Khemah untuk pemantauan lalulintas



Berhenti rehat di RnR Gambang
Belok kiri untuk ke KL

Saturday, 28 June 2014

Jalan Segamat-Kuantan

Muatan Balak Berlebihan
Keadaan Jalan Yang Agak Baik
Lori Treller
Jalan Segamat-Muadzam Shah
Memandu kenderaan melalui jalan Segamat-Kuantan memang agak mencabar. Jumlah kenderaan semakin bertambah berbanding 3-4 tahun yang lepas. Jalan antara Yong Peng-Segamat agak luas dan banyak lorong memotong. Manakala jalan antara Segamat-Muadzam Shah jumlah lorong untuk memotong agak kurang. Kadang kadang terpaksa mengikut belakang lori balak sehingga keadaan sesuai untuk memotong. Muatan lori yang berlebihan sangat berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.Pemanduan menjadi lebih berbahaya jika memandu dalam keadaan hujan lebat atau di waktu malam.

Monday, 16 June 2014

Jalan Jalan Ke Muadzam Shah, Pahang

Wawa Inn
Pada hujung minggu yang lepas saya dan keluarga telah ke Muadzam Shah kerana ada urusan mendaftar anak untuk sambung belajar di salah sebuah IPT. Kami memulakan perjalanan dengan melalui lebuhraya utara selatan PLUS dan keluar melalui Yong Peng Utara untuk menuju ke destinasi kami. Dari Yong Peng menuju Segamat keadaan jalan agak baik kerana ada banyak tempat yang disediakan untuk memotong kenderaan yang dipandu perlahan terutamanya lori dan treler. Jumlah kenderaaan agak banyak menyebabkan terutamanya yang datang dari arah bertentangan menyebabkan kami lebih berhati-hati bila hendak memotong. Kami tiba di pekan Segamat dalam pukul 1.30 tengah hari iaitu kira kira 1 jam memandu dari Yong Peng. Kami berhenti seketika di stesen Petronas untuk ke tandas dan meneruskan semula  perjalanan selepas 20 minit berehat. Selepas itu kami mambelok ke arah Muadzam Shah. Keadaan jalan masih ok tapi jumlah kenderaaan makin berkurang. Kami tiba di bandar Muadzam Shah dalam pukul 3.00 petang dan terus check in di Wawa Inn. Selepas berehat kami ronda ronda di sekitar bandar Muadzam. Bandar ini memang kelihatan tenang dan tak banyak kenderaan menjadikan pemanduan begitu mudah dan santai. Oleh kerana terasa lapar kami singgah untuk makan di medan selera. makanan di sini memang sedap dan harga berpatutan dan yang penting adalah kebersihan.

Thursday, 1 May 2014

Pengalaman Memandu Melalui Jalan Tangkak-Segamat

Pada Isnin yang lepas (21/4/14) kami sekeluarga telah pergi ke kem PLKN Sri Ledang untuk membawa pulang anak sulung kami yang kurang sihat dan telah diberi penangguhan oleh pihak PLKN. Kami memulakan perjalanan dari plaza tol Skudai menghala arah utara menggunakan lebuhraya PLUS. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12.40 tengahari. Keadaan jalan di lebuhraya tidaklah begitu sesak kerana hari tersebut adalah hari bekerja dan biasanya keadaan jalan tidak begitu sibuk. Kami berhenti seketika di R&R Pagoh untuk berhenti rehat selama 1 jam. Selepas itu kami meneruskan semula perjalanan tapi pada masa itu hujan telah mula turun. kami tiba di pekan Tangkak dalam pukul 2.00 petang. Dari Tangkak kami menghala ke arah Segamat. Walaupun hujan agak lebat tapi tidak berlaku kesesakan seperti lazimnya. Keadaan jalan agak baik dengan panorama menarik di mana terdapat banyak pokok kelapa sawit di kiri kanan jalan. Kami melalui beberapa pekan -pekan kecil seperti Sagil dan kebun Baru. Di sepanjang laluan terdapat beberapa institusi pendidikan seperti ILP dan Kolej Matrikulasi. Kami juga melalui Ledang Resort. Kami tiba di kem PLKN dalam pukul 3.15 petang. 

Thursday, 23 January 2014

Sungai Nonang Jalan Yan



Jalan Yan-Kuala Kedah