Translate

Saturday, 28 June 2014

Jalan Segamat-Kuantan

Muatan Balak Berlebihan
Keadaan Jalan Yang Agak Baik
Lori Treller
Jalan Segamat-Muadzam Shah
Memandu kenderaan melalui jalan Segamat-Kuantan memang agak mencabar. Jumlah kenderaan semakin bertambah berbanding 3-4 tahun yang lepas. Jalan antara Yong Peng-Segamat agak luas dan banyak lorong memotong. Manakala jalan antara Segamat-Muadzam Shah jumlah lorong untuk memotong agak kurang. Kadang kadang terpaksa mengikut belakang lori balak sehingga keadaan sesuai untuk memotong. Muatan lori yang berlebihan sangat berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.Pemanduan menjadi lebih berbahaya jika memandu dalam keadaan hujan lebat atau di waktu malam.

Monday, 16 June 2014

Jalan Jalan Ke Muadzam Shah, Pahang

Wawa Inn
Pada hujung minggu yang lepas saya dan keluarga telah ke Muadzam Shah kerana ada urusan mendaftar anak untuk sambung belajar di salah sebuah IPT. Kami memulakan perjalanan dengan melalui lebuhraya utara selatan PLUS dan keluar melalui Yong Peng Utara untuk menuju ke destinasi kami. Dari Yong Peng menuju Segamat keadaan jalan agak baik kerana ada banyak tempat yang disediakan untuk memotong kenderaan yang dipandu perlahan terutamanya lori dan treler. Jumlah kenderaaan agak banyak menyebabkan terutamanya yang datang dari arah bertentangan menyebabkan kami lebih berhati-hati bila hendak memotong. Kami tiba di pekan Segamat dalam pukul 1.30 tengah hari iaitu kira kira 1 jam memandu dari Yong Peng. Kami berhenti seketika di stesen Petronas untuk ke tandas dan meneruskan semula  perjalanan selepas 20 minit berehat. Selepas itu kami mambelok ke arah Muadzam Shah. Keadaan jalan masih ok tapi jumlah kenderaaan makin berkurang. Kami tiba di bandar Muadzam Shah dalam pukul 3.00 petang dan terus check in di Wawa Inn. Selepas berehat kami ronda ronda di sekitar bandar Muadzam. Bandar ini memang kelihatan tenang dan tak banyak kenderaan menjadikan pemanduan begitu mudah dan santai. Oleh kerana terasa lapar kami singgah untuk makan di medan selera. makanan di sini memang sedap dan harga berpatutan dan yang penting adalah kebersihan.