Selepas 8 tahun Proton Exora masih lagi berkeadaan baik. Cuma beberapa kerosakan biasa telah berlaku. Antaranya aircond kurang sejuk. Setelah diperiksa didapati kondenser mengalami kebocoran. Sebelum ini cooling coil bocor (semasa exora berumur 6 tahun) dan telah diganti dengan yang baru. Kosnya menukar kondenser lebih kurang RM 330 manakala cooling coil RM 880. Sebulan selepas itu aircond kembali panas. Ingatkan bocor lagi. Rupa rupanya terdapat nut yg longgar. Setelah diketatkan aircond menjadi sejuk seperti biasa.