Translate

Friday, 4 February 2011

Si Kucing Yang Bernama ABU Kini Kembali




Anda tentu mempunyai hobi yang tersendiri.Ada yang suka berkebun di masa lapang, ada yang suka berface book, my space, ke kedai kopi sambil sembang-sembang bersama kawan kawan dan macam macam lagi yang anda suka buat. Ada juga yang suka bela burung, ayam, arnab, kucing dan sebagainya. Anak kedua saya pula suka bela kucing. Kucing peliharaannya diberi nama "Abu". Ia dibawa balik ke rumah oleh anak saya semasa pulang dari sekolah. Sebenarnya rakan kepada anak saya yang memberikan kucing ini kepada anak saya. Si ABU ni pula suka berkawan dengan seekor anak kucing Parsi lalu mengikuti kucing tersebut dan sekarang sudah berpindah ke tempat lain. Mungkin si Abu dah besar sekarang? Gambar di atas diambil semasa umur ABU lebih kurang dua bulan. Si Abu bab makan memang memilih.Abu suka makan ikan goreng.Kalau ikan mentah dia tak berapa gemar.Kalau lapar sagat baru di makan.

Rupa-rupanya dua hari selepas catatan ini disiarkan si Abu telah kembali semula ke sini selepas menghilangkan diri lebih kurang 1 tahun.Umurnya sekarang lebih kurang satu tahun setengah.Badannya agak kurus mungkin tak cukup makan. Sekarang Si Abu tidak sepeti dulu.Bulu di badannya dah banyak yang gugur.



Friday, 10 December 2010

Aktiviti Mengisi Masa Lapang Sambil Jaga Kesihatan




Apa agaknya aktiviti yang anda gemar lakukan semasa cuti persekolahan. Picnic? Bersantai? Traveling? Bersukan? Berfacebook? Myspace? Banyak orang kata semua tu buang masa je betul ke? Sebenarnya banyak lagi yang boleh anda lakukan.Masa cuti nilah kita dapat bersama-sama dengan keluarga. Mungkin boleh plan sesuatu yang tak berapa bersifat akademik. Atau ada juga yang menggunakan masa cuti ini untuk belajar IT.

Bagi yang obese pula tentu teringin untuk mengurangkan berat badan. Nak rasa slim macam artis. Inilah masa yang terbaik. Caranya mudah saja.Selepas bangun pagi anda boleh bersukan 20-30 minit.Lakukan secara berterusan.Satu lagi jangan pula lupa mengurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi.Apa tu? Kalau anda seorang yang suka makan nasi banyak sangat apa kata kurangkan sedikit demi sedikit. Kalau boleh kira keperluan kalori anda dalam sehari.Anda boleh cari dengan melayari laman-laman web seperti fat burning calculator atau calorie burning calculator. Anda juga boleh kira BMR anda (basal metabolism rate). Contohnya kalau keperluan badan anda adalah 2000 kcal maka jangan ambil kalori yang lebih daripada itu.Kalau anda ambil lebih pastikan anda melakukan senaman yang bersesuaian untuk membakar kalori yang berlebihan.Kalau anda nak diet elok kurangkan saja jumlah pengambilan kalori anda tapi jangan sampai kurang dari limit BMR anda takut anda akan kekurangan zat makanan yang akan juga menyebabkan anda kehilangan jisim otot(muscle mass).

Sebenarnya pengambilan ubat pelangsingan badan adalah tidak perlu jika anda tahu cara diet yang betul.Selain daripada mengawal pemakanan, anda juga kena melakukan senaman. Tapi awas jika anda berada dalam kumpulan berisiko seelok-eloknya buat pemeriksaan doktor terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti seperti berjogging, bermain bolasepak dan sebagainya.

Bagi saya, senaman yang saya lakukan pada sebelah pagi adalah dengan mengayuh basikal sejauh 7-8 km dalam sehari atau lebih kurang 20 minit kayuhan. Nasib baik ada beli basikal yang boleh kayuh dalam rumah tu. Kalau anda ada duit lebih sikit boleh la beli treadmill yang berjenama takasima tu. Kalau tak ada bajet cukup la dengan berjalan pantas kat kawasan perumahan anda atau kat padang permainan.

Selepas bangun pagi saya akan minum air bersih sebanyak 500 ml terlebih dahulu. Bila kayuh basikal nanti baru boleh berpeluh. Selepas berbasikal saya akan rehat sebentar sebelum menyediakan sarapan seperti semangkuk bubur oat bercampur Horlick dan susu Anlene. Sarapan pagi saya agak heavy kerana selepas itu saya akan minum secawan kopi Sawda yang dicicah dengan 2 keping roti Gardenia(wholegrain).

Tengahari saya makan sepinggan nasi bercampur ikan(2-3 ekor) dan sepiring sayur. Buah-buahan pula saya akan ambil sebagai "snack in between-meal". Pada sebelah petang saya gemar minum secawan kopi. Makan malam saya adalah sebelum maghrib. Selalunya saya makan sepinggan nasi. Dalam sehari saya akan minum 2000 ml air bersih. Oleh kerana keperluan kalori saya sekitar 2250 kcal dalam sehari maka saya pastikan makanan yang diambil tidak melebihi jumlah tersebut. Buat masa ini saya masih dapat mengekalkan berat badan dan saiz pinggang saya. Anda juga bole melakukannya. Apa yang penting adalah keazaman dan usaha yang berterusan.

Satu lagi saya tidak suka asap rokok. Kalau anda ternampak seseorang yang tiba-tiba bangun dan duduk jauh sedikit dari kepulan asap rokok maka kemungkinan orang itu adalah saya.


Sunday, 21 November 2010

Sambung Belajar Peringkat PhD?

Jika anda bercadang menyambung pengajian di peringkat ijazah doktor falsafah apakah perkara utama yang anda harus pertimbangkan?

1.Penyelia,who?,his/her track records
2.Research fund? What if you do PhD without it?
3.Research area.Does the research area suits you? Is it new?
4.Research yang hendak dibuat ada potensi tak for you career development?
5.Research facilities?
6.Sponsorship/scholarship? Are you planning to get a loan?
7.


There are many things you must consider right?

Monday, 18 October 2010

Pengalaman Naik Bas Ekspress

Hujung minggu yang lepas saya telah menaiki bas ekspres untuk ke pantai timur melalui laluan segamat-kuantan. Dalam perjalanan balik suasana agak berkabus tebal terutama antara Muadzam Shah dan Segamat.Masa tu jam menunjukkan pukul 2.30 pagi.Tak banyak kenderaan yang melalui kawasan tersebut.Hanya sekali sekala kelihatan lori dan kereta.Disebabkan kabus tebal pemanduan memang sukar. Sekali sekala bas yang saya naiki terpaksa memperlahankan kenderaan terutamanya bila terdapat selekoh dihadapan.Saya agak mengantuk sejak bas mula bergerak. Disebabkan bas memperlahankan kelajuannya saya terjaga dari tidur.Pemandangan ke arah jalan memang kabur. Hanya sekali sekala terjumpa kenderaan yang terpaksa dipandu perlahan di bahu jalan disebabkan kabus tebal.Tidak lama selepas itu pemandangan menjadi cerah kembali. Tapi sebaik saja menghampiri Segamat keadaan kembali berkabus.Kali ini lebih tebal.Nasib baik tak banyak kenderaan yang datang dari arah bertentangan.Sebaik memasuki pekan Segamat keadaan jalan kembali cerah dan tidak berkabus lagi.Lega rasanya.Masa tu jam dah menunjukkan pukul 2.45 pagi.Walaupun masih awal pagi namun pekan Segamat seakan hidup.Masih ramai orang yang sedang makan terutamannya di restoran-restoran seafood yang terletak di tepi jalan raya.Selepas melalui pekan Segamat saya kembali terlelap sehingga sampai di pekan Yong Peng.Seperti Segamat, pekan di Yong Peng pun masih kelihatan ramai orang sedang menikmati makanan di restoran-restoran.

Hairan juga macam mana boleh makan di awal pagi. Kalau saya kat rumah pun saya tak pernahlah pula makan pada waktu sebegini kecuali lah kalau di bulan puasa.Selepas melalui Yong Peng saya dah tak boleh tidur takut nanti terlepas sampai ke stesen bas larkin.

Secara keseluruhannya menaiki bas ekspres memang suatu pengalaman yang menakutkan kalau ia adalah buat kali pertama. Apa tidaknya bergerak dengan kelajuan melebihi 100 km/j melalui jalan persekutuan sudah tentu membuatkan anda berasa sedikit cemas.Tapi lama kelamaan bila sudah biasa baru anda rasa tak kisah sangat.

Wednesday, 15 September 2010

Jaga Kesihatan Selepas Raya

Salam buat semua. Kita umat Islam baru saja menyambut 1 syawal 2010.Bila sebut pasal raya kita memang terkenal dengan tradisi kunjung-mengunjung sanak saudara dan sahabat handai.Setelah sebulan berpuasa tentu ada antara kita yang seakan membalas dendam dengan makan secara berlebihan terutama apabila memasuki bulan syawal ini.Berbagai bagai hidangan kita boleh nikmati dari ketupat,kek,kuih bahulu,tart,almond London, dodol, mee, nasi briani dan macam-macam lagi.Kalau kita mengikut nafsu tentu kita akan makan secara berlebihan dan ini sedah tentu tidak baik untuk kesihatan apatah lagi kepada mereka-mereka yang berisiko mengalami penyakit yang berkaitan makanan. Hampir kesemua makanan tadi mengandungi gula, garam dan lemak yang tinggi. Kalau kita ke restoran atau gerai makanan umpamanya kita akan lihat begitu ramai orang yang samada hendak makan atau membeli makanan. Begitu jug pasar-pasar basah akan dipenuhi orang ramai yang mungkin membeli barangan untuk membuat "open house" terutama pada hujung-hujung minggu. Ini bermakna warga kota akan beraya sepanjang bulan syawal. Walau apapun kita hendaklah bersederhana dalam apa jua yang kita lakukan.Jangan lupa jaga kesihatan kerana ia amat berharga kepada kita. Sekian. Wassalam.

Tuesday, 7 September 2010

Catatan Balik Raya 2010


Kami memulakan perjalanan tepat jam 8.05 pagi pada 5/9/2010.Memasuki PLUS highway 15 minit kemudian.Keadaan traffic agak lancar pada mulanya.Tak banyak lori kerana kami balik pada hari Ahad.Sebaik sahaja melalui Sedenak hujan yang agak lebat telah turun. Ini telah menyukarkan pemanduan.Saya hanya memandu pada kelajuan di bawah 100 km/j.Sehingga melalui Pagoh hujan masih mencurah-curah. Bagaimanapun setelah memasuki kawasan Air Keroh, Melaka hujan mulai reda dan kenderaan kelihatan mula bertambah banyak.Walaupun had laju 90 kmj di laluan Air Keroh tetapi ada juga kenderaan yang dipandu melebihi hadlaju dibenarkan.Kami memasuki lebuhraya Elite sekitar jam 11.45 pagi.Jumlah kenderaan semakin bertambah banyak selepas memasuki Sg Buloh menghala ke Rawang dan T.Malim.Kami sampai di kaeasan rehat Tapah jam 2.00 petang untuk solat dan rehat.Jam 3.00 petang kami meneruskan perjalanan menuju ke utara.Sampai di hentian Bukit Gantang jam 4.00 petang. Kami berhenti sekejap untuk membeli kuih raya.Kemudian meneruskan perjalanan dan tiba di susur keluar Bandar Baru jam 5.00 petang.Kami singgah di Batu 5 untuk membeli juadah berbuka puasa.Akhirnya tiba di rumah emak saya pada jam 6.00 petang.Keadaan agak mencemaskan semasa memasuki semula lebuhraya di susur masuk Bukit gantang di mana sebuah lori telah memberi lampu agar saya tidak masuk ke lebuhraya.Nasib baik saya sempat memberek.Kami berbuka bersama keluarga terdekat tepat jam 7.25 petang.Malamnya kami hanya berehat di rumah.Keesokannya kami ke pasar Kuala Kurau untuk membeli ikan dan sayur untuk menyediakan makanan berbuka nanti.Selepas menghantar ke rumah emak kami ke Parit Buntar untuk membeli pakaian raya.Namum selepas 2 jam di sana tak ada pakaian yang berkenan di hati.Tempat parkir ang terhad dan keadaan cuaca hujan lebat kami akhirnya balik semula ke rumah emak.Pada 7.9.10 kami bertolak ke Kulim jam 11.00 pagi untuk ke rumah ipar saya.Sampai di sana jam 1.00 peang.Kami berehat untuk solat dan dapat tidur sekejap sebelum kami ke pekan Padang Serai untuk mencari pakaian raya namun tak banyak yang dapat kami beli.Kemudian kami ke Giant Kulim untuk membeli pakaian yang belum dapat dibeli.Kami terpaksa berbuka di sana kerana waktu berbuka sudah terlalu hampir.Kalau nak balik tentu kena berbuka atas jalan.Lepas berbuka secara ringkas(minum air mineral) kami pun balik dan singgah sebentar di rumah mak mertua ipar saya untuk solat.Selepas itu kami ke rumah ipar saya semula dan menikmati makan malam yang agak heavy.Selepas itu kami pun rehat dan tidur sekitar jam 11.30 malam.Bagaimanapun saya tidak dapat tidur kerana berlaku black out jam 1.00-2.00.Lepas itu kena bangun sahur jam 4.45 pagi. Pada 8.9.10 kami berangkat pula ke rumah mertua saya di sg papan,jalan Yan di Kedah.Kami bertolak agak awal untuk mengelakkan kesesakan lalulintas.Keadaan jalan tidaklah berapa sesak,Kami tiba di sg papan jam 11.30 pagi.Kami beraya di Kedah (Raya pertama dan kedua) dan balik semula ke Perak (rumah mak saya) pada hari raya ke3. Disebabkan kereta terlalu banyak yg beratur untuk memasuki jambatan Pulau Pinang keadaan jalan memang sesak teruk kerana sebelum itu telah berlaku kebakaran kabel elektrik bawah jambatan.Kami mengambil masa selama 3 jam untuk sampai di Perak yg selalunya hanya mengambil masa 2 jam sahaja.Setelah bermalam di Perak selama dua malam kami pun akhirnya pulang ke selatan tanahair pada hari raya ke 5.Perjalanan balik ke Johor memang agak lancar tanpa sebarang masalah. Kami tiba sekitar jam 6.30 petang setelah memandu selama 8 jam. Kesimpulannya, memandu memerlukan kesabaran dan tumpuan sepenuhnya. Saya bersyukur kerana selamat pergi dan balik. Semoga berjumpa lagi untuk catatan balik raya 2011 insyallah.