Translate
Tuesday, 7 September 2010
Catatan Balik Raya 2010
Kami memulakan perjalanan tepat jam 8.05 pagi pada 5/9/2010.Memasuki PLUS highway 15 minit kemudian.Keadaan traffic agak lancar pada mulanya.Tak banyak lori kerana kami balik pada hari Ahad.Sebaik sahaja melalui Sedenak hujan yang agak lebat telah turun. Ini telah menyukarkan pemanduan.Saya hanya memandu pada kelajuan di bawah 100 km/j.Sehingga melalui Pagoh hujan masih mencurah-curah. Bagaimanapun setelah memasuki kawasan Air Keroh, Melaka hujan mulai reda dan kenderaan kelihatan mula bertambah banyak.Walaupun had laju 90 kmj di laluan Air Keroh tetapi ada juga kenderaan yang dipandu melebihi hadlaju dibenarkan.Kami memasuki lebuhraya Elite sekitar jam 11.45 pagi.Jumlah kenderaan semakin bertambah banyak selepas memasuki Sg Buloh menghala ke Rawang dan T.Malim.Kami sampai di kaeasan rehat Tapah jam 2.00 petang untuk solat dan rehat.Jam 3.00 petang kami meneruskan perjalanan menuju ke utara.Sampai di hentian Bukit Gantang jam 4.00 petang. Kami berhenti sekejap untuk membeli kuih raya.Kemudian meneruskan perjalanan dan tiba di susur keluar Bandar Baru jam 5.00 petang.Kami singgah di Batu 5 untuk membeli juadah berbuka puasa.Akhirnya tiba di rumah emak saya pada jam 6.00 petang.Keadaan agak mencemaskan semasa memasuki semula lebuhraya di susur masuk Bukit gantang di mana sebuah lori telah memberi lampu agar saya tidak masuk ke lebuhraya.Nasib baik saya sempat memberek.Kami berbuka bersama keluarga terdekat tepat jam 7.25 petang.Malamnya kami hanya berehat di rumah.Keesokannya kami ke pasar Kuala Kurau untuk membeli ikan dan sayur untuk menyediakan makanan berbuka nanti.Selepas menghantar ke rumah emak kami ke Parit Buntar untuk membeli pakaian raya.Namum selepas 2 jam di sana tak ada pakaian yang berkenan di hati.Tempat parkir ang terhad dan keadaan cuaca hujan lebat kami akhirnya balik semula ke rumah emak.Pada 7.9.10 kami bertolak ke Kulim jam 11.00 pagi untuk ke rumah ipar saya.Sampai di sana jam 1.00 peang.Kami berehat untuk solat dan dapat tidur sekejap sebelum kami ke pekan Padang Serai untuk mencari pakaian raya namun tak banyak yang dapat kami beli.Kemudian kami ke Giant Kulim untuk membeli pakaian yang belum dapat dibeli.Kami terpaksa berbuka di sana kerana waktu berbuka sudah terlalu hampir.Kalau nak balik tentu kena berbuka atas jalan.Lepas berbuka secara ringkas(minum air mineral) kami pun balik dan singgah sebentar di rumah mak mertua ipar saya untuk solat.Selepas itu kami ke rumah ipar saya semula dan menikmati makan malam yang agak heavy.Selepas itu kami pun rehat dan tidur sekitar jam 11.30 malam.Bagaimanapun saya tidak dapat tidur kerana berlaku black out jam 1.00-2.00.Lepas itu kena bangun sahur jam 4.45 pagi. Pada 8.9.10 kami berangkat pula ke rumah mertua saya di sg papan,jalan Yan di Kedah.Kami bertolak agak awal untuk mengelakkan kesesakan lalulintas.Keadaan jalan tidaklah berapa sesak,Kami tiba di sg papan jam 11.30 pagi.Kami beraya di Kedah (Raya pertama dan kedua) dan balik semula ke Perak (rumah mak saya) pada hari raya ke3. Disebabkan kereta terlalu banyak yg beratur untuk memasuki jambatan Pulau Pinang keadaan jalan memang sesak teruk kerana sebelum itu telah berlaku kebakaran kabel elektrik bawah jambatan.Kami mengambil masa selama 3 jam untuk sampai di Perak yg selalunya hanya mengambil masa 2 jam sahaja.Setelah bermalam di Perak selama dua malam kami pun akhirnya pulang ke selatan tanahair pada hari raya ke 5.Perjalanan balik ke Johor memang agak lancar tanpa sebarang masalah. Kami tiba sekitar jam 6.30 petang setelah memandu selama 8 jam. Kesimpulannya, memandu memerlukan kesabaran dan tumpuan sepenuhnya. Saya bersyukur kerana selamat pergi dan balik. Semoga berjumpa lagi untuk catatan balik raya 2011 insyallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment