Translate

Monday, 18 October 2010

Pengalaman Naik Bas Ekspress

Hujung minggu yang lepas saya telah menaiki bas ekspres untuk ke pantai timur melalui laluan segamat-kuantan. Dalam perjalanan balik suasana agak berkabus tebal terutama antara Muadzam Shah dan Segamat.Masa tu jam menunjukkan pukul 2.30 pagi.Tak banyak kenderaan yang melalui kawasan tersebut.Hanya sekali sekala kelihatan lori dan kereta.Disebabkan kabus tebal pemanduan memang sukar. Sekali sekala bas yang saya naiki terpaksa memperlahankan kenderaan terutamanya bila terdapat selekoh dihadapan.Saya agak mengantuk sejak bas mula bergerak. Disebabkan bas memperlahankan kelajuannya saya terjaga dari tidur.Pemandangan ke arah jalan memang kabur. Hanya sekali sekala terjumpa kenderaan yang terpaksa dipandu perlahan di bahu jalan disebabkan kabus tebal.Tidak lama selepas itu pemandangan menjadi cerah kembali. Tapi sebaik saja menghampiri Segamat keadaan kembali berkabus.Kali ini lebih tebal.Nasib baik tak banyak kenderaan yang datang dari arah bertentangan.Sebaik memasuki pekan Segamat keadaan jalan kembali cerah dan tidak berkabus lagi.Lega rasanya.Masa tu jam dah menunjukkan pukul 2.45 pagi.Walaupun masih awal pagi namun pekan Segamat seakan hidup.Masih ramai orang yang sedang makan terutamannya di restoran-restoran seafood yang terletak di tepi jalan raya.Selepas melalui pekan Segamat saya kembali terlelap sehingga sampai di pekan Yong Peng.Seperti Segamat, pekan di Yong Peng pun masih kelihatan ramai orang sedang menikmati makanan di restoran-restoran.

Hairan juga macam mana boleh makan di awal pagi. Kalau saya kat rumah pun saya tak pernahlah pula makan pada waktu sebegini kecuali lah kalau di bulan puasa.Selepas melalui Yong Peng saya dah tak boleh tidur takut nanti terlepas sampai ke stesen bas larkin.

Secara keseluruhannya menaiki bas ekspres memang suatu pengalaman yang menakutkan kalau ia adalah buat kali pertama. Apa tidaknya bergerak dengan kelajuan melebihi 100 km/j melalui jalan persekutuan sudah tentu membuatkan anda berasa sedikit cemas.Tapi lama kelamaan bila sudah biasa baru anda rasa tak kisah sangat.

No comments:

Post a Comment