Translate

Thursday, 1 May 2014

Pengalaman Memandu Melalui Jalan Tangkak-Segamat

Pada Isnin yang lepas (21/4/14) kami sekeluarga telah pergi ke kem PLKN Sri Ledang untuk membawa pulang anak sulung kami yang kurang sihat dan telah diberi penangguhan oleh pihak PLKN. Kami memulakan perjalanan dari plaza tol Skudai menghala arah utara menggunakan lebuhraya PLUS. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12.40 tengahari. Keadaan jalan di lebuhraya tidaklah begitu sesak kerana hari tersebut adalah hari bekerja dan biasanya keadaan jalan tidak begitu sibuk. Kami berhenti seketika di R&R Pagoh untuk berhenti rehat selama 1 jam. Selepas itu kami meneruskan semula perjalanan tapi pada masa itu hujan telah mula turun. kami tiba di pekan Tangkak dalam pukul 2.00 petang. Dari Tangkak kami menghala ke arah Segamat. Walaupun hujan agak lebat tapi tidak berlaku kesesakan seperti lazimnya. Keadaan jalan agak baik dengan panorama menarik di mana terdapat banyak pokok kelapa sawit di kiri kanan jalan. Kami melalui beberapa pekan -pekan kecil seperti Sagil dan kebun Baru. Di sepanjang laluan terdapat beberapa institusi pendidikan seperti ILP dan Kolej Matrikulasi. Kami juga melalui Ledang Resort. Kami tiba di kem PLKN dalam pukul 3.15 petang. 

No comments:

Post a Comment