Translate

Monday, 16 June 2014

Jalan Jalan Ke Muadzam Shah, Pahang

Wawa Inn
Pada hujung minggu yang lepas saya dan keluarga telah ke Muadzam Shah kerana ada urusan mendaftar anak untuk sambung belajar di salah sebuah IPT. Kami memulakan perjalanan dengan melalui lebuhraya utara selatan PLUS dan keluar melalui Yong Peng Utara untuk menuju ke destinasi kami. Dari Yong Peng menuju Segamat keadaan jalan agak baik kerana ada banyak tempat yang disediakan untuk memotong kenderaan yang dipandu perlahan terutamanya lori dan treler. Jumlah kenderaaan agak banyak menyebabkan terutamanya yang datang dari arah bertentangan menyebabkan kami lebih berhati-hati bila hendak memotong. Kami tiba di pekan Segamat dalam pukul 1.30 tengah hari iaitu kira kira 1 jam memandu dari Yong Peng. Kami berhenti seketika di stesen Petronas untuk ke tandas dan meneruskan semula  perjalanan selepas 20 minit berehat. Selepas itu kami mambelok ke arah Muadzam Shah. Keadaan jalan masih ok tapi jumlah kenderaaan makin berkurang. Kami tiba di bandar Muadzam Shah dalam pukul 3.00 petang dan terus check in di Wawa Inn. Selepas berehat kami ronda ronda di sekitar bandar Muadzam. Bandar ini memang kelihatan tenang dan tak banyak kenderaan menjadikan pemanduan begitu mudah dan santai. Oleh kerana terasa lapar kami singgah untuk makan di medan selera. makanan di sini memang sedap dan harga berpatutan dan yang penting adalah kebersihan.

1 comment:

  1. SALAM, TUMPANG IKLAN
    BAJET HOTEL BARU DI MUADZAM SHAH
    salam. saya dari pengurusan HOTEL Anjung di muadzam shah. Kami adalah HOTEL baru menggantikan HOTEL lama iaitu Hotel RSD. Kami telah megambil alih hotel tersebut memandangkan hotel tersebut mengalami masalah pengurusan.
    Dengan itu kami telah melakukan sedikit perubahan terhadap hotel dengan menukar hampir keseluruhan barang-barang hotel lama termasuk katil,tilam,bantal dan lain-lain. Kami masih lagi dalam proses penambahbaikan walaupun begitu operasi hotel masih berjalan seperti biasa. Harga yang kami tawarkan adalah dari RM60-Rm100(family room)
    untuk info lanjut boleh hubungi kami di 09-4502312 / 019-9707751

    Anjung Hotel sedia menanti kedatangan anda :)

    ReplyDelete