Translate

Thursday, 23 April 2015

Amalan Pemakanan Yang Sihat

Pemakanan yang sihat sangat penting di samping mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sebaik bangun pagi kalau boleh teguklah air yang bersih sekurang-kurangnya 2 gelas. Hanya selepas 45 minit barulah bersarapan. 

         Pilihlah sarapan yang anda gemar tetapi pastikan buah-buahan ada bersama. mulakan dengan memakan buah-buahan terlebih dahulu kemudian baru makanan yang lain. Antara buah-buahan yang anda boleh cuba adalah sebiji pisang bersaiz sederhana atau 2 biji buah kiwi, epal atau limau mengkut kegemaran masng-masng. Bagi saya buah pisang boleh didapati pada sepanjang masa. manakala buah kiwi hanya masa masa tertentu sahaja ditambah pula harganya yang agak mahal sedikit. Yang penting buah buahan ini dapat membekalkan kita dengan nutrien dan mikro-nutrien yang diperlukan oleh badan kita yang tak dapat diganti dengan cara memakan multi-vitamin yang mudah diperoleh di rak rak kedai farmasi. 

       Makanan yang selalu ambil di sebelah pagi adalah oatmeal yang mudah disediakan. Kalau boleh dapatkan slow-cooked oatmeal yang boleh dimasak perlahan. Instant-oatmeal kurang baik kerana ia telah mengalami beberapa proses sebelum ini. Semakin banyak proses yang dilalui semakin kurang baik kualiti pemakanan sesuatu makanan. Kepada pengemar roti canai atau nasi lemak tak salah memakannya asalkan anda dapat membakar lebihan lemak dan karbohidrat dengan melakukkan senaman atau apa saja aktiviti yang bersifat fat-burning exercise supaya lebihan tenaga yang tidak digunakan tidak disimpan sebagai lemak. Kalau boleh makanlah makanan yang rendah nilai GI (glacemic index). Selamat menjamu selera.

No comments:

Post a Comment