Translate

Saturday, 24 November 2012

Sarapan Bubur Oat

Apa kata sekali sekala kita tukar sikit selera sarapan pagi. Ada yang suka makan nasi lemak, bihun goreng, mee goreng atau roti sandwich. Bagi yang sibuk atau malas nak masak menu yang berat berat bolehlah mencuba memasak bubur oat. Anda akan berasa kenyang sehingga sampai waktu makan tengahari in sya Allah. Selamat mencuba.

Bahan-bahannya:
1.Oat-quick cook 35 g (7 sudu)
2.Horlick 2 sudu
3.Susu Anlene 1 sudu
4.Air panas

Cara menyediakannya:
Masukkan 35 g oat quick cook kedalam bekas memasak. Tuangkan air panas sehingga semua oat kelihatan tenggelam. Hidupkan api(saiz api kecil sahaja) dan panaskan sambil mengacau oat selama 2-3 minit. Bancuh 2 sudu horlick dan 1 sudu susu Anlene dalam 200 ml air panas dan tuangkan kedalam mangkuk. Kemudian masukkan oat yang sudah dimasak tadi kedalam mangkuk yang mengandungi air horlick dan kacau. Menu telah sedia untuk dihidangkan.

                                          Bubur Oat

Saturday, 10 November 2012

Jalan Jalan Ke Tanjung Leman, Mersing


Tanjung Leman terletak lebih kurang 111 km dari bandar Johor Bahru. Saya berkesempatan jalan jalan ke Tanjung Leman kerana menghadiri bengkel anjuran jabatan tempat saya bekerja. Kami memulakan perjalanan dengan  memasuki tol plaza Skudai untuk melalui lebuhraya utara selatan. Tak berapa lama kemudian kami exit untuk memasuki lebuhraya Senai-Desaru dan keluar melalui tol plaza Ulu Tiram. Dari sini kami memasuki bandar Kota Tinggi untuk mengisi minyak di stesen minyak Petronas sebelum meneruskan perjalanan menuju ke arah Mersing. Kenderaan agak banyak jika anda memasuki bandar Kota Tinggi. Perjalanan dari arah Kota Tinggi-Mersing agak lancar walaupun jumlah kenderaan agak banyak. Kira-kira 44 km sebelum sampai ke Mersing kami masuk ke simpang kanan menuju Tenggaroh.


Kat sini terdapat beberapa buah felda seperti Tenggaroh 1,2,3 dan Tenggaroh timur. Jalan ini juga boleh digunakan untuk menuju jeti ke pulai Sibu. Dari simpang jalan besar ke Tanjung Leman jauhnya kira-kira 30 km atau setengah jam perjalanan. Dari Skudai hingga ke Tanjung Leman kami mengambil masa kira kira 2 jam perjalanan. Di sana kami menginap di Felda Residence Tanjung Leman. Kedudukannya berhampiran laut menjadikan kawasan ini tempat percutian yang menarik jika anda berkelapangan mengunjunginya. Di sini terdapat berbagai kemudahan seperti memancing, snorkling, jalan-jalan sambil menaiki bot atau anda boleh bermain bosa sepak pantai atau volley ball. Di sini juga terdapat kolam renang. Kalau ada masa saya bercadang untuk kesana sekali lagi.


Jalan Jalan Di Tepi Pantai


Kolam Renang

















Tuesday, 6 November 2012

My Experience Traveling By Express Bus to Terengganu

May be you have an experience about traveling to somewhere by express bus. I feel so uncomfortable when a passenger who sit in front of me folding down very low his/her seat until it touched my knees. It happened to me during my travel to east cost last weekend. This guy without feeling guilty folding down his seat very very low. I understand that he wanted to sleep comfortably but he should be considerate. What if I also do the same thing to him if I were to sit in front of him. I too folded down my seat but not that low because I don't want the passenger who sit behind me to feel uncomfortable. This is just one example about inconsiderate people you may have ever encountered.

Thursday, 25 October 2012

Salam Aidiladha 2012

Hari ini seluruh umat Islam di Malaysia menyambut hari kebesaran iaitu Aidiladha atau raya korban. Ramai juga yang mengambil kesempatan untuk beraya di kampung halaman masing-masing. Biasanya kalau ada cuti 3-4 hari sudah memadai kalau nak balik kampung yang tidak berapa jauh. Tapi kalau kampung yang jauh sangat macam saya cuti 3-4 hari memang tidak mencukupi sebab perjalanan saja mengambil masa sehari.Kalau pergi-balik dah 2 hari jadi tak berbaloilah kalau nak balik kampung.Sekurang-kurangnya kena ambil cuti tambahan sampai seminggu barulah rasa comfortable sikit kalau nak balik kampung. Selalunya trafik kat lebuhraya kalau time time macam ni memang lah sibuk sangat. Sebabnya semua orang berpusu-pusu bergerak balik pada masa yang hampir sama. Begitu juga masa nak balik ke tempat kerja selepas raya. Jadi ini akan menyebabkan keadaan trafik yang amat sesak. Apa-apapun bagi sesetengah orang kalau raya je mesti balik kampung. Semoga semuanya selamat pergi dan selamat balik.

Saturday, 6 October 2012

Naik Bas Dari Kemaman ke Johor Bahru-Penumpang Terakhir

Semalam saya nak balik ke Johor Bahru dari Kemaman. Mengikut tiket, bas dijangka tiba dalam jam 11.30 malam. Oleh kerana takut susah untuk mendapatkan teksi dari hotel penginapan saya ke hentian bas ekspress maka saya pun mengambil keputusan check-outr awal sikit. Dalam pukul 9.45 malam saya pun dah check-out. Selepas itu saya berjalan kaki menuju ke taxi-stand yang berhampiran untuk menaiki teksi ke hentian bas.Tak lama menunggu saya pun dapat naik teksi. Dalam pukul 10.00 malam saya pun dah sampai di hentian bas. Masa tu ramai juga penumpang yang berada di sana untuk menaiki bas ke destinasi masing-masing. Ada yang nak ke KL, Kota Bahru, Klang, Shah Alam, Batu Bahat dan sebagainya. Untuk ke Johor Bahru hanya ada 3 buah bas iaitu 2 bas transnasional dan satu lagi bas syarikat Adik Beradik. Ketika jam menunjukkan pukul 11.00 malam sebuah bas transnasional untuk ke Johor Bahru pun tiba.Saya tak boleh naik bas ni kerana tiket bas yang saya beli adalah bas yang akan melalui Mersing dan Kota Tinggi maka kena la tunggu bas yang satu lagi tu. Tunggu punya tunggu jam dah pun pukul 12.00 malam. Masa ni banyak bas-bas lain telah tiba dan mengambil penumpang ke destinasi yang hendak dituju.

Ketika jam menunjukkan pukul 12.30 jumlah penumpang yang masih menunggu bas makin reda hanya tingga beberapa orang saja termasuk saya. Oleh kerana merasa bimbang takut bas yang saya tunggu tu dah terlepas maka saya pun ke kounter bas trans untuk bertanyakan kalau kalau bas saya dah terlepas atau pun bas mungkin akan lewat sampai. Menurut pak cik yang menjaga kounter tersebut dia kata bas masa tu baru berada di Paka iaitu kira kira 45 minit lagi baru boleh sampai ke sini. Saya rasa lega sikit. Kalau tidak tak tahulah mungkin saya kena tidur kat masjid je lah kot sebab nak balik ke hotel pun susah sebab susah nak dapat teksi masa tu. Kalau ada pun kena bayar lebih.

Setelah menunggu beberapa lama akhirnya tinggal lah saya dan sorang penumpang remaja kat hentian bas. Masa tu penumpang lain semuanya dah naik bas.Remaja tersebut terpaksa membatalkan harsatnya untuk menaiki bas ke Melaka. Katanya dia dah terlepas bas. Esok baru dia akan bertolak ke Melaka.Dia tak risau sangat sebab dia orang situ. Tak lama kemudian teksi pun sampai untuk mengambil remaja tersebut balik ke rumahnya. Masa tu kedai sekeliling dah mula nak tutup kedai masing-masing.Nasib baik kounter pak cik tadi masih belum tutup. Beberapa kounter yang lain dah tutup. Dia tunggu sampai saya naik bas baru dia tutup kounter. Ketika jam 1.15 pagi barulah bas sampai.Bas malam ni agak lewat tiba tak tahu kenapa.Saya dah tak kisah asalkan ada bas.Nasib baik tak kena tidur di masjid. Buat pertama kali saya menjadi penumpang terakhir.

Tuesday, 28 August 2012

Jalan Jalan Di Bukit Merah Lake Town Resort



Raya puasa yang lepas(2012) kami berkesempatan berkunjung ke Bukit Merah Lake Town Resort. Terletak tidak berapa jauh dari simpang empat Semanggol. Tempat ni best jugak untuk dilawati.Cuma kami tak bawa baju basah jadi kami hanya jalan jalan dan naik chair lift dan sky cycle je. Anda juga boleh masuk ke rumah hantu kalau ada berani. Tetapi kalau anda nak jalan jalan sekitar tasik pun boleh sambil menikmati pemandangan yang mempersonakan. Biasanya tempat ini menjadi tarikan pengunjung terutama pada masa cuti persekolahan dan cuti hujung minggu.

Friday, 13 July 2012

Kampung Sungai Papan Mukim Tebenggau

Dah agak lama ya saya tidak menulis.Entri kali ini adalah berkenaan dengan sebuah tempat yang terletak di negeri Kedah iaitu Sungai Papan. Kebanyakkan tempat di negeri Kedah adalah sempena nama sungai. Contohnya Sg Limau, Sg Nonang, Sg Papan dan sebagainya. Sg Papan terletak lebih kurang 15 km dari bandar Alor Setar. Untuk ke Kuala Kedah pun tidak berapa jauh iaitu lebih kurang 20 minit memandu. Sg Papan terletak antara jalan Yan-Kuala Kedah. Sg Papan dikelilingi oleh sawah padi yang luas dan terletak berhampiran dengan pantai. Kalau cuaca baik dapatlah lihat pulau Dayang Bunting, Langkawi.

Di sini terdapat sebuah sekolah kebangsaan. Sekarang ni dah ada beberapa kedai runcit dan pasar mini yang dibina di Taman Hj. Othman. Kalau nak beli ikan, kerang dan udang pun tak ada masalah. Ada ramai penjual yang menjual di tepi jalan.Kadan kadang boleh dapat ikan fresh.