Translate
Sunday, 30 August 2009
Saturday, 29 August 2009
Rumah Mertua
Friday, 28 August 2009
Memori Semasa Di Sekolah Rendah
Pada zaman dulu tiada sekolah tadika. Sebelum persekolahan dibuka pak dan mak belikan saya dua pasang baju dan sepasang kasut yang diperbuat daripada plastik. Semua boleh dibeli kat pasar sehari iaitu di pekan selasa. Dulu peka selasa kat simpang tiga memang popular. Ramai orang kampung akan ke sana samada untuk membeli barang barang keperluan dapur, pakaian ataupun menjamu selera.
Thursday, 27 August 2009
Wednesday, 26 August 2009
Tuesday, 25 August 2009
ANAK ZAMAN DULU VS ANAK ZAMAN SEKARANG
Teringat zaman masa kanak kanak masa zaman persekolahan yang penuh dengan kepayahan dan kesusahan. Belajar di bawah lampu minyak tanah. Berbasikal ke sekolah merentasi jalan yang penuh lumpur salah perhitungan masuk ke dalam parit. Habis basah baju dan buku. Balik dari sekolah terus mandi, makan dan rehat sekejap lepas tu buat kerja sekolah. Masa tu tak ada siapa yang suruh. Kalau nak ulangkaji pelajaran atas kemahuan sendiri. Zaman sekarang dah berubah. Pergi sekolah dijemput balik sekolah pun dijemput. Naik kereta atau bas. Tak merasai kesusahan seperti zaman dulu. Kat rumah ada segalanya. Ada hawa dingin, ada kipas ada lampu lektrik ada air paip untuk mandi. Pendeknya semua ada. Anak sekarang kalau tak suruh tak buat. Habis nak buat macam mana.
Saturday, 22 August 2009
Hari Pertama Puasa
Hari ini umat Islam di seluruh negara mula berpuasa. Biasanya hari pertama rasaya agak letih sedikit sebab sebelum ni kita bagun pagi je sarapan kemudian makan tengahari. Tak lama lepas tu minum petang. Jadi bila berpuasa kita kena adjust balik waktu makan kita iaitu makan bila waktu sahur dan berbuka bila masuk waktunya.Itu bagi yang pernah berpuasa sebelum ini tapi bagi yang tak pernah puasa langsung tentu sukar untuk mula berpuasa. Maka sebab itu kita kena berlatih berpuasa semenjak zaman kanak kanak lagi. Selamat menyambut kedatangan 1 Ramadhan.
Friday, 14 August 2009
Monday, 10 August 2009
CUCU TOK AWANG
Awang bin Saleh dikatakan berasal dari Jitra, Kedah. Menurut cerita ayah saya, Tok Awang mula berhijrah ke Perak sekitar awal abad ke-20. Semasa awal penghijrahan bolehlah dikatakan keadaan kehidupannya agak susah. Beliau berkahwin dengan Rahmah bt Gusti Ibrahim dan menetap di Kedai Dua, Kuala Kurau. Dikurniakan beberapa orang anak. Antaranya, Long Rodiah(1927-1981), Makngah (1929-1999), Paklang Ramli (1933-1993), Pak Hassan (1935-2009), Pakteh Saad(1937-2007),Paktam Harun(1943), Pakndak Hanif(1946), Makcik Hasnah(1948) dan Paksu Man(1950). Paklang pernah bertugas sebagai anggota polis dan pencen sebagai sarjan sebelum meninggal dunia pada 1993. Pakndak dan Paksu juga sekarang sudah pencen.
Tok Awang pernah menceritakan kepada saya kehidupannya semasa pendudukan Jepun. Pernah dipukul tentera Jepun semasa terserempak tengah membawa seguni padi. Masa tu padi memang dianggap hanya makanan untuk tentera Jepun manakala orang kampung hanya boleh makan ubi kayu sahaja.
Awang Bin Salleh or the late Tok Awang hailed from Jitra,Kedah, the northern part of Malaysia Peninsular in the early of 20th century. He is my grandfather and was passed away in 1973. He went through the hardship and difficulty especially during the Japanese occupation in Malaysia. He grew up all his children with patience and love.
Friday, 7 August 2009
Majlis Akad Nikah
Thursday, 6 August 2009
Rumah Lama
Subscribe to:
Posts (Atom)