Translate

Monday 10 August 2009

CUCU TOK AWANG





Awang bin Saleh dikatakan berasal dari Jitra, Kedah. Menurut cerita ayah saya, Tok Awang mula berhijrah ke Perak sekitar awal abad ke-20. Semasa awal penghijrahan bolehlah dikatakan keadaan kehidupannya agak susah. Beliau berkahwin dengan Rahmah bt Gusti Ibrahim dan menetap di Kedai Dua, Kuala Kurau. Dikurniakan beberapa orang anak. Antaranya, Long Rodiah(1927-1981), Makngah (1929-1999), Paklang Ramli (1933-1993), Pak Hassan (1935-2009), Pakteh Saad(1937-2007),Paktam Harun(1943), Pakndak Hanif(1946), Makcik Hasnah(1948) dan Paksu Man(1950). Paklang pernah bertugas sebagai anggota polis dan pencen sebagai sarjan sebelum meninggal dunia pada 1993. Pakndak dan Paksu juga sekarang sudah pencen.
Tok Awang pernah menceritakan kepada saya kehidupannya semasa pendudukan Jepun. Pernah dipukul tentera Jepun semasa terserempak tengah membawa seguni padi. Masa tu padi memang dianggap hanya makanan untuk tentera Jepun manakala orang kampung hanya boleh makan ubi kayu sahaja.

Awang Bin Salleh or the late Tok Awang hailed from Jitra,Kedah, the northern part of Malaysia Peninsular in the early of 20th century. He is my grandfather and was passed away in 1973. He went through the hardship and difficulty especially during the Japanese occupation in Malaysia. He grew up all his children with patience and love.

No comments:

Post a Comment