Translate

Monday, 23 November 2009

Abdul Malek Kembali Kerahmatullah


Abdul Malek Mohd Yusof pembantu makmal di Jabatan Kejuruteraan Bioproses, FKKKSA,UTM Skudai, Johor telah kembali kerahmatullah pada jumaat malam (20/11/2009) dalam pukul 11.00 malam dan telah selamat dikebumikan di kampung mertuanya di Negeri sembilan pada hari sabtu.Beliau telah meninggalkan seorang balu dan dua orang anak. Anak sulung beliau baru-baru ini telah mendapat 5A dalam UPSR di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1, Johor Bahru.
Al-fatihan untuk beliau. Amin.

Monday, 16 November 2009

Masa..oh..Masa

Masa pantas berlalu
meninggalkan kita memori
Yang muda menjadi tua
Yang kecil menjadi dewasa
Masa oh masa
Perginya ia tanpa dapat diperoleh semula
Apakah kita lupa siapa kita?
Sejauh mana kita menapak kehadapan
Di mana kita berdiri?
Ke arah mana kita menghala?
Dalam meniti arus perjalanan hidup
Apa sumbangan kita pada bangsa,agama dan negara?
Kita masih lagi dibuai mimpi...
Di hadapan TV kita masih leka.
Apakah kita sudah lupa...
Tujuan kita dicipta..
Apa yang patut kita buat?
Sebelum kita terlambat.

Tuesday, 10 November 2009

Pengalaman Memandu Di Lebuhraya

Duduk tak duduk dah 13 tahun pengalaman memandu di lebuhraya. Masa mula-mula dapat lesen terus beli kereta kancil. Masa tu tahun 1996. Memandu kat lebuhraya pada masa tu tak lah berapa mencabar.Kenderaan pun tak banyak sangat. Tapi sekarang memandu kat lebuhraya dah rasa kurang selamat. Kenderaan bertambah dengan banyaknya.Sikap pemandu yang memandu dengan cuai dan pertambahan kenderaan berat turut menyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan.Baru baru ini treler yang membawa muatan gelung besi mengalami tayar pecah dan gagal dikawal. Nasib baik tidak mengakibatkan kemalangan maut kepada pemandu CRV yang terlanggar lori tersebut yang merintangi lebuhraya.Memandu semasa hujan lebat dan pada waktu malam juga berbahaya. Ini disebabkan jarak penglihatan yang terhad dan kemampuan membrek yang kurang menjadikan waktu tersebut meningkatnya jumlah kemalangan.Contohnya semasa hujan lebat masih ada kenderaan yang tidak memasang lampu. Segelintir pemandu pula lebih gemar memasang hazard light. Ini amat berbahaya kepada pengguna pengguna yang lain.Dulu hanya ada dua lorong kecuali lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur. Walau apa pun sikap pemandu masih lagi menjadi faktor penyumbang terbesar kepada kadar kemalangan jalanraya.