Translate

Tuesday, 10 November 2009

Pengalaman Memandu Di Lebuhraya

Duduk tak duduk dah 13 tahun pengalaman memandu di lebuhraya. Masa mula-mula dapat lesen terus beli kereta kancil. Masa tu tahun 1996. Memandu kat lebuhraya pada masa tu tak lah berapa mencabar.Kenderaan pun tak banyak sangat. Tapi sekarang memandu kat lebuhraya dah rasa kurang selamat. Kenderaan bertambah dengan banyaknya.Sikap pemandu yang memandu dengan cuai dan pertambahan kenderaan berat turut menyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan.Baru baru ini treler yang membawa muatan gelung besi mengalami tayar pecah dan gagal dikawal. Nasib baik tidak mengakibatkan kemalangan maut kepada pemandu CRV yang terlanggar lori tersebut yang merintangi lebuhraya.Memandu semasa hujan lebat dan pada waktu malam juga berbahaya. Ini disebabkan jarak penglihatan yang terhad dan kemampuan membrek yang kurang menjadikan waktu tersebut meningkatnya jumlah kemalangan.Contohnya semasa hujan lebat masih ada kenderaan yang tidak memasang lampu. Segelintir pemandu pula lebih gemar memasang hazard light. Ini amat berbahaya kepada pengguna pengguna yang lain.Dulu hanya ada dua lorong kecuali lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur. Walau apa pun sikap pemandu masih lagi menjadi faktor penyumbang terbesar kepada kadar kemalangan jalanraya.

No comments:

Post a Comment