Translate
Saturday, 16 January 2010
Catatan Perjalanan JB-Kemaman
Menaiki bas Transnasional tepat jam 10.30 malam. Bas dipandu seperti biasa dan tiba di hentian rehat Machap jam 11.30 malam. Saya turun sekejap untuk ke tandas dan kemudian membeli sedikit makanan dan minuman. Bas meneruskan perjalanan jam 12.00 tengah malam.Masa tu saya memang tidak dapat tidur langsung.Semasa melalui pekan Yong Peng saya dapati masih kelihatan ramai orang sedang makan makan di beberapa buah restoran yang masih dibuka hingga larut malam.Dari Yong Peng ke Segamat pun saya dapat melihat keadaan yang sama. Masih ada beberapa buah kedai makan yang dibuka.Kenderaan seperti lori masih banyak yang melalui jalan tersebut.Masa sampai di pekan Segamat saya melihat jam baru menunjukkan pukul 1.20 pagi.Pekan Segamat pun masih belum tidur. Di beberapa buah kedai makan masih ada orang.Bas berhenti seketika di stesyen minyak Shell kerana ada beberapa penumpang yang ingin ke tandas.Bas kemudian meneruskan perjalanan.Masa tu jumlah kenderaan agak kurang cuma sekali sekali terjumpa beberapa lori dan kereta persendirian. Keadaan agak gelap sesekali diterangi cahaya lampu kenderaan yang datang daripada arah bertentangan.Sesekali saya melihat di skrin handset yang memaparkan kedudukan di mana kita berada. Tiba-tiba alarm dari handset saya berdering menandakan jam sudah pukul 3 pagi. Dari papan tanda yang disinari cahaya lampu bas dapat saya lihat yang Kuantan hanya 23 KM jauhnya. Bagaimanapun bas yang saya naiki tidak masuk ke bandar Kuantan mungkin sebab tiada penumpang yang akan turun di sana.Saya masih lagi belum terlelap buang sesaat. Risau juga sebab esoknya saya bekerja jam 8.30 pagi.Bila jam menunjukkan pukul 4.05 pagi kami pun tiba di Bandar Baru Chendor. Seperti biasa bas akan berhenti sekejap untuk memberi peluang kepada penumpang yang nak ke tandas atau pergi minum.Jam 4.20 pagi bas meneruskan perjalanan dan saya pun sampai ke destinasi yang dituju 10 minit kemudian.Walaupun saya tidak dapat tidur langsung tetapi belum ada tanda tanda yang saya akan berasa mengantuk.Sekian catatan perjalanan ke Kemaman. Sampai jumpa lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment