Translate

Saturday, 2 January 2010

Memori Kemaman





Bertolak dengan menaiki bas dari Skudai Johor jam 11.00 malam.Antara jalan yang dilalui adalah Yong Peng dan Segamat-Kuantan. Semasa melalui Yong Peng saya telah melihat agak ramai yang sedang menyambut tahun baru 2010 di dataran.Apabila memasuki jalan Segamat-Kuantan, keadaan jalan agak lengang dan gelap. Sekali sekala baru kelihatan beberapa kenderaan yang melaluinya. Jalannya agak lengang menyebabkan bas express yang saya naiki dipandu agak laju.Rasa takut dan gementar menyebabkan saya tidak dapat melelapkan mata barang sesaat. Selepas memasuki Pahang bas yang saya naiki telah ditahan oleh RELA untuk memeriksa kad pengenalan penumpang. Selepas itu bas yang kami naiki meneruskan semula perjalanan. Saya tiba di perhentiaan bas Kuantan tepat jam 3.00 pagi. Pada masa itu masih terdapat ramai orang terutamanya remaja yang mungkin datang ke bandar bagi meraikan sambutan tahun baru.Selepas menurunkan penumpang, bas tersebut meneruskan perjalanan.Sedar tidak sedar bas yang saya naiki telah memasuki daerah Kemaman. Kira-kira jam 4.30 pagi saya pun tiba di Kemaman. Masa tu saya tidak tahu nak turun di mana. Oleh kerana terdapat beberapa penumpang turun kat masjid tepi jalan iaitu masjid Sultan Ahmad Chukai saya pun ikut turun sama.Saya pun lepak dulu kat kerusi yang dikhaskan untuk tetamu di depan pintu pagar masjid tersebut.Oleh kerana tidak biasa dengan tempat tersebut saya pun bertanya kepada salah seorang yang juga turun kat masjid tersebut tetapi daripada bas sebelumnya.Saya memperkenalkan diri dan bertanya bagaimana cara nak ke TATI. Kebetulan beliau pernah bekerja di sana. Lalu kami pun berborak seketika.Tak lama kemudian rakan kepada beliau telah sampai lalu beliau pun mempelawa saya naik sama. Saya sampai di depan pintu pagar masuk ke TATI tepat jam 4.45 pagi. Ketika itu suasana masih sunyi. Tiada sesiapa pun kat sana. Saya terpaksa menunggu hingga jam 5.30 pagi baru ternampak pegawal lalu memperkenalkan diri. Beliau membuka pintu pagar lalu mempelawa saya masuk dan beliau menunjukkan arah surau dimana saya akan berehat sambil menantikan waktu subuh. Selepas itu beliau juga turut datang ke surau untuk bersembahyang. Setelah itu kami berborak seketika.Jam 6.30 pagi beliau meneruskan kerjanya yang akan tamat jam 8.00 pagi. Saya mengambil kesempatan untuk berbaring sambil berehat higga jam 8.20 pagi. Kemudian saya ke bilik pengawal semula untuk bertanyakan di mana bilik pengajaran. Lalu beliau membawa saya menaiki motorsikalnya ke bangunan tersebut.Pengawal yang bertugas pada masa itu memang peramah orangnya membuatkan saya berasa seperti berada di tempat sendiri.Oleh kerana hari tu kantin ditutup maka saya terpaksa meminta tolong kepada salah seorang pelajar saya untuk membelikan saya sarapan pagi iaitu nasi lemak dan air mineral.Sementara menantikan pelajar yang lain tiba saya berborak dulu dengan beberapa pelajar yang telah pun sampai lebih awal. Walaupun ini merupakan pengalaman pertama di sana tetapi saya tidak mengalami masalah kerana semua yang saya temui tidak keberatan menghulurkan pertolongan. Kuliah berjalan dengan lancar sehingga jam 12.00 tngah hari. Saya dibawa ke kedai makan oleh salah seorang pelajar saya. Selepas makan tengahari kami bersolat jumaat di masjid berhampiran.Kuliah diteruskan pada sebelah petang hingga jam 4.00 petang. Tiket bas untuk perjalanan balik telah dibeli lebih awal.Masa balik saya memilih menaiki bas Transnasional jam 11.00 malam pada hari yang sama. Dari TATI saya menumpang salah seorang pelajar saya yang menuju ke Kuantan. Masa tu hujan turun tapi tidak berapa lebat.Lebih kurang jam 4.15 petang saya pun sampai dan turun dan menuju ke masjid Geliga untuk soalat asar.Selepas solat asar saya ke gerai medan selera untuk makan petang.Kemudian saya ke masjid semula sambil menantikan waktu solat maghrib dan seterusnya solat ishak.kira kira jam 9.00 malam saya pun bergegas ke perhentian bas yang terletak bersebelahan medan selera untuk menantikan bas untuk perjalanan balik.Semasa di perhentian bas saya sempat berborak borak dengan beberapa orang yang juga berada di sana samada untuk menghantar saudara mara dan juga penumpang yang sedang menunggu ketibaan bas untuk ke beberapa destinasi. Mereka memang peramah dan mesra orangnya.Malam tu bas tiba agak lewat.Jam 11.40 malam barulah bas yang saya tunggu tiba.Setelah menaiki bas tersebut saya terlelap agak lama. Sedar tak sedar bas telahpun sampai di Segamat kira kira jam 3.00 pagi.Bas berhenti 30 minit di hentian Machap. Akhirnya saya tiba di hentian Larkin jam 6.10 pagi.Saya mengambil teksi untuk pulang ke rumah walaupun terpaksa membayar lebih kerana untuk menunggu bas mungkin pukul 8 baru ada bas. itulah pengalaman saya ke negeri Terengganu.

No comments:

Post a Comment