Translate

Friday, 8 January 2010

Pengalaman Memandu Di Lebuhraya Pada Sebelah Malam



Pada 17 Disember 2009 yang lalu kami sekeluarga terpaksa pulang ke kampung di utara semenanjung setelah menerima berita yang ayah saya telah meninggal dunia. Kami bertolak dari plaza tol Skudai jam 6.15 petang. Pada masa itu hujan yang agak renyai telah mula turun.Jumlah kenderaan di atas lebuhraya agak banyak mungkin disebabkan ramai yang baru pulang dari tempat kerja daan juga ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung kerana cuti sekolah masih lagi ada. Keadaan jalan sudah agak gelap. Selepas 2 jam memandu kami pun tiba di R&R Air Keroh. Kami berehat untuk solat dan makan malam.Kira-kira jam 10.00 malam kami meneruskan perjalanan.Masa rehat tadi saya dah minum secawan kopi.Bukan apa takut mengantuk semasa memandu kerana selama ini saya tidak pernah balik kampung bertolak petang. Selalunya kami bertolak pagi. Tiba di R&R Seremban kami berhenti sebentar untuk mengisi minyak.Jam 11.30 mlam kami telah pun memasuki lebuhraya ELITE.Jam 12.10 tengah malam kami pun dah melalui kawasan Sg Buluh. Walaupun dah tengah malam tetapi jumlah kenderaan masih banyak. Lori juga banyak.Memang agak sukar sedikit untuk memandu kalau lori banyak.Memandu sebelah malam ni memang ada baiknya iaitu tak panas. Cuaca agak sejuk menyebabkan saya terpaksa memakai jaket.Setelah melepasi Tanjung Malim keadaan lebuhraya agak kurang kenderaan sedikit berbanding sebelumnya.Saya melihat jam pada masa itu baru pukul 1.30 pagi. Oh! masih jauh lagi.Belakang badan dah rasa lenguh sedikit. Oleh kerana isteri saya baru mendapat lesen dan tiada pengalaman memandu di lebuhraya apatah lagi sebelah malam maka saya tiada pilihan selain memandu sendirian. Anak-anak saya dah pun mulai dibuai mimpi.Isteri saya pun dah mula mengantuk.Kira-kira jam 2.00 pagi lebih kami dah pun melepasi kawasan R&R Tapah.Kira-kira jam 3.00 pagi kami sudahpun sampai kat Simpang Pulai. Trafik agak lancar masa tu. Cuma selepas melalui terowong menora jumlah kereta agak banyak mungkin kerana tidak boleh memandu laju di kawasan tu. Keadaan agak berbahaya semasa mengambil selekoh di kawasan yang menuruni bukit. Saya akhirnya terpaksa mengalah kepada lori tangki yang dipandu agak laju.Selepas itu saya memandu agak perlahan daripada biasa berhampiran exit ke Kuala Kangsar.Akhirnya kami tiba di plaza tol Bandar Baharu jam 4.30 pagi. Secara keseluruhan memandu pada sebelah malam agak berbahaya sedikit kerana jarak penghlitan yang agak terbatas apatah lagi bila hujan turun. Macam manapun ia adalah suatu pengalaman kepada saya yang tidak berapa gemar memandu disebelah malam. Kepada pemandu-pemandu semua berhati-hatilah terutama ketika cuaca gelap dan hujan lebat. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

No comments:

Post a Comment