Translate

Saturday 24 October 2009

Darjah Enam Merah Sekolah Sri Siakap

Rakan-rakan sekalian. Masih ingatkah lagi yang kita pernah belajar dalam satu kelas yang sama iaitu darjah 6 Merah sekolah kebangsaan Sri Siakap, Kuala Kurau, Perak. Masa tu tahun 1977 dimana guru kelas adalah En Ghazali.Antara rakan-rakan yang masih diingati adalah seperti Jamil Yahya (sekarang guru di sekolah Parit Buntar), Razak Salleh (dulu pernah belajar di USM), Norkhaslina (USM), Nuri, Johari, Halim Din, Aki, Rashidi, Farehah, Tajudin, Roslia Mat Desa(anak Cikgu Zainab), Sarina Hashim,Hassan Basri, Adnan, dan lain-lain lagi. Memang best masa tu. Kita seperti adik-beradik. Walaupun dah lebih 30 tahun tetapi kenangan tu masih segar dalam ingatan.Masa tu sukan memang menjadi kegemaran kita. ingatkah lagi pada cikgu Yahya guru senaman kita.Moga di suatu hari nanti kita akan dapat berjumpa seperti mana 32 tahun yang lalu.

No comments:

Post a Comment