Translate

Sunday 18 March 2012

Menyusuri Jalan Segamat-Kuantan Pada Sebelah Malam

Saya kerap melalui jalan Segamat-Kuantan kalau nak ke Kemaman. Laluan ini agak kerap digunakan pemandu terutama kalau nak ke pantai timur jika datang dari arah Johor Bahru atau Singapura. Jalan ini tidak lah lengang sangat berbanding jalan Mersing-Kuantan kalau selepas jam 12.00 malam. Kalau sekitar jam 12.00 tengah malam masih ada beberapa kenderaan yang boleh dilihat menggunakan jalan ini. Baru baru ini saya melalui pekan Segamat pada masa itu jam dah pukul 2.00 pagi. Masih ada beberapa buah kedai makan yang masih dibuka dan kelihatan masih ramai pelanggan yang sedang menikmati makan malam. Agak heran juga kalau dalam waktu yang kebanyakkan orang sedang dibuai mimpi masih ada lagi yang sedang menikmati makanan. Pada waktu awal pagi ini juga dilihat ramai juga anak-anak muda yang tengah lepak kat pekan Segamat. Tak tahulah pulak apa yang mereka buat sampai lepak hingga dinihari. Kalau malam minggu lagi ramai mat mat motor akan kelihatan berhimpun di sekitar pekan Segamat. Jam 2.48 pagi saya dah pun melepasi pekan Muaazam Shah. Masa itu kelihatan ada beberapa orang yang sedang tunggu bas kilang mungkin hendak ke tempat kerja yang agak jauh mungkin mereka bekerja di Kuantan agaknya. Gerai makan kat sana pun masih beroperasi.

No comments:

Post a Comment