Semasa nak balik dari Kemaman ke JB saya telah dipelawa oleh rakan saya menaiki keretanya walaupun saya sudah terlebih dahulu membeli tiket bas. Oleh kerana ingin pulang lebih awal saya pun menerima pelawaan rakan saya. Kalau naik bas pukul 11.00 malam baru boleh bertolak tapi kalau balik dengan kereta boleh bertolak pukul 7.00 malam. Kali ni nak rasa juga pengalaman menaiki kereta pulak. Kami memulakan perjalanan dari bandar Chukai. Masa tu keadaan jalan masih terang. Kami berhenti sekejap untuk membeli keropok lekor di sebuah gerai yang terdapat di sepanjang jalan Kemaman menuju Kuantan. Selepas itu kami pun meneruskan perjalanan. Kali ni kami memilih untuk melalui LPT mungkin boleh bergerak lebih cepat berbanding jalan biasa. Masa tu jumlah kenderaan tak berapa banyak sangat. Lebih kurang 40 minit kami pun melalui jalan susur keluar ke arah Gambang. Selepas ini kami akan melalui jalan Gambang-Segamat. Jumlah kenderaan makin bertambah apatah lagi jika ada lori sebab agak sukar untuk memotong. Kenderaan juga agak banyak yang datang dari arah bertentangan mungkin sekarang ni musim cuti sekolah. Nak memotong lori kena tunggu sampai jumpa lorong memotong. Oleh kerana rakan saya sakit perut kami terpaksa berhenti seketika di hentian Paloh Hinai. Tempat rehat ni agak sunyi terasa seolah-olah macam berada di tengah-tengah hutan. Lebih kurang 15 minit kemudian kami meneruskan perjalanan. Jumlah kenderaan agak banyak menyebabkan kami hanya bergerak dalam 70 km/jam sehingga sampai simpang Chini barulah boleh laju sikit. Jalan menuju Muadzam Shah agak lengang sikit jadi kami dapat bergerak laju sikit. Dari Muadzam ke Segamat kenderaan mulai banyak. Kami tiba di Segamat dalam pukul 10.00 dan berhenti sekejap untuk mengisi minyak. Selepas itu kami meneruskan perjalanan menuju Yong Peng dan seterusnya memasuki Plus Highway dan tiba di JB dalam pukul 12.15 malam. Perjalanan melalui jalan Kuantan-Segamat dengan menaiki kereta terutamanya pada sebelah malam memang suatu pengalaman baru bagi saya. Jalan ini agak bahaya kerana sukar untuk memotong. Ada ketikanya terdapat lori yang membawa jentera berat yang datang dari arah hadapan akan memakan jalan jadi kami terpaksa mengalah. Satu lagi masa tu terdapat banyak lori yang membawa muatan kayu balak yang bergerak perlahan. Nak potong kena berhati-hati atau tunggu sehingga jumpa lorong untuk memotong.
No comments:
Post a Comment