Translate
Monday, 1 April 2013
Pengalaman Memandu dari KL-Johor Bahru
31 March 2013-bertolak dari Kampung Baru pukul 2.00 petang melalui jalan Raja Muda-jalan Tun Razak untuk ke arah selatan. Keadaan jalan tidaklah begitu sesak mungkin kerana cuti hari minggu. Kami kemudiannya memasuki terowong SMART sebelum melalui tol Sg Besi untuk ke selatan. Walaupun dari Sg Besi hingga Seremban jumlah kenderaan makin bertambah tetapi kami masih dapat bergerak pada kelajuan biasa.Bila memasuki Melaka jumlah kenderaan agak kurang sedikit tetapi mula bertambah bila memasuki Tangkak.Apabila melalui RnR Pagoh kenderaan bergerak sedikit perlahan disebabkan kenderaan bertambah secara tiba-tiba tak tahu kenapa mungkin ramai yang mengambil kesempatan pulang ke selatan pada hari terakhir cuti penggal persekolahan agaknya. Kenderaan hanya dipandu pada kelajuan antara 50-70 km/j dan kadang-kadang terpaksa berhenti langsung. Pada masa ni banyak kenderaan mula memasuki lorong kecemasan. Kesesakan makin bertambah bila makin ke arah selatan.Kesesakan sejauh lebih 100 km adalah suatu pengalaman baru bagi saya kerana ia berlaku di luar musim perayaan.Keadaan mula reda bila melepasi Simpang Renggam. Walaupun kenderaan masih banyak tapi masih dapat memandu pada kelajuan 70-80 km/j hinggalah sampai di tol Skudai pada jam 9.00 malam. Mungkin lain kali kena plan untuk tidak pulang pada hari terakhir cuti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment