Anda memiliki kad kredit? Satu, dua atau tiga atau lebih dari itu. Kalau satu mudah sikit mengawalnya. Caranya mudah. Anda hanya perlu gunakan kad kredit hanya bila perlu sahaja. Elak menggunakannya bila anda masih ada cash di tangan atau dalam bank. Satu lagi jika anda guna RM 500, anda bayarlah RM 500 bila bil sampai. Jangan bayar jumlah yang minima atau RM 50 sahaja. Dengan cara ini tidak ada bunga akan dikenakan. Kalau bayar jumlah yang minima sudah tentu bil bulan depan akan terus meningkat ditambah dengan bunga yang dikenakan. Kalau ada hutang tertunggak cuba bayar lebih dari yang digunakan. Misalnya jika bil anda dan tunggakan berjumlah RM 1000 tapi anda tak mampu bayar RM 1000. Pada masa ini hentikan menggunakan kad kredit. Cuba bayar RM 500 untuk selama dua bulan berturut-turut. Mudahkan. Satu lagi kepada yang muslim apa kata kita beralih kepada kad kredit Islam.
My two cents
Translate
Tuesday, 29 September 2009
Penyaman Udara Exora selepas 10,000 KM
Wahai teman-teman sekalian, jangan terkejut jika penyaman udara mpv anda tiba tiba tidak lagi sejuk seperti mana sebelumnya. Kawan saya mengalaminya semasa Exora mencatat 10,000 km mileage. Ada juga yang kata mengalaminya selepas 7000 km. Setakat ini Exora saya dah catat 6500 km. Tapi belum ada tanda-tanda yang penyaman udara akan mula tidak berfungsi. Menurut kawan saya, penyaman udara tidak sejuk disebabkan sensor aircond mengalami kerosakan. Selepas menghantar ke pusat servis, penyaman udara kembali berfungsi seperti biasa.
Hanya sekadar berkongsi pengalaman
Hanya sekadar berkongsi pengalaman
Sunday, 27 September 2009
Pemanduan Exora Semasa Balik Kampung
Selepas servis kedua iaitu 5000 km, pemanduan Exora dirasakan lebih bertenaga. Semasa balik kampung baru baru ini saya telah memandu Exora dari tol Sekudai hingga tol Bandar Baharu. Pemanduan Exora memang begitu lancar tanpa sebarang masalah walaupun terpaksa melalui jalan berbukit mulai terowong Menora hingga exit Kuala Kangsar. Pengasingan jalan berhampiran Simpang Pulai juga menyumbang kepada kelancaran trafik.Penyaman udaranya memang terbaik dalam kelasnya. Memang selesa berada didalamnya. Anak-anak saya memang puas hati dan tidak merungut semasa berada di dalamnya. Kemudian pada hari ketiga raya kami bertolak ke Alor Setar. Masa yang diambil hanya 2 jam disebabkan trafik agak lancar di sepanjang lebuhraya.Secara keseluruhannya memandu Exora memang best dan tidak menjemukan walaupun untuk perjalanan yang jauh yang menjangkau 800 km dari JB ke Alor Setar.
Kemalangan Mengerikan di musim perayaan
Satu kemalangan jalanraya telah berlaku pada 13.9.2009 lebih kurang jam 3.00 petang di Jalan Ipoh-Taiping berhampiran Sg Bogak yang melibatkan dua buah kereta. Kemalangan telah mengorbankan 3 orang termasuk sepasang suami isteri yang juga merupakan seorang guru besar sekolah kebangsaan kuala kurau dan guru sekolah simpang lima.Sebuah daripada kereta yang terlibat telah terputus dua.
Nyaris Kemalangan
Kelmarin semasa memandu di KM 16 Jalan Yan-Batas Paip berhampiran Sg Nonang, Kedah sebuah motorsikal yan ditunggang secara laju telah memotong kereta saya semasa hendak membelok kekanan. Walaupun signal telah dberi tetapi penunggang tersebut tidak mengendahkannya.
Saturday, 12 September 2009
Kak Ipar dan Sepupu Kemalangan
10/9/09-Parit Buntar, Rosli b Harun, 36 dan Kak Mi, 42 telah terlibat dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah van dan proton savvy di jalan Kuala Kurau-Parit Buntar berhampiran Batu 8. Kemalangan berlaku lebih kurang jam 7.00 pagi.Pemandu savvy meninggal dunia ditempat kejadian, manakala Rosli dan Kak Mi mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Taiping.
Friday, 4 September 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)