Anda memiliki kad kredit? Satu, dua atau tiga atau lebih dari itu. Kalau satu mudah sikit mengawalnya. Caranya mudah. Anda hanya perlu gunakan kad kredit hanya bila perlu sahaja. Elak menggunakannya bila anda masih ada cash di tangan atau dalam bank. Satu lagi jika anda guna RM 500, anda bayarlah RM 500 bila bil sampai. Jangan bayar jumlah yang minima atau RM 50 sahaja. Dengan cara ini tidak ada bunga akan dikenakan. Kalau bayar jumlah yang minima sudah tentu bil bulan depan akan terus meningkat ditambah dengan bunga yang dikenakan. Kalau ada hutang tertunggak cuba bayar lebih dari yang digunakan. Misalnya jika bil anda dan tunggakan berjumlah RM 1000 tapi anda tak mampu bayar RM 1000. Pada masa ini hentikan menggunakan kad kredit. Cuba bayar RM 500 untuk selama dua bulan berturut-turut. Mudahkan. Satu lagi kepada yang muslim apa kata kita beralih kepada kad kredit Islam.
My two cents
No comments:
Post a Comment