Translate

Sunday, 27 September 2009

Pemanduan Exora Semasa Balik Kampung

Selepas servis kedua iaitu 5000 km, pemanduan Exora dirasakan lebih bertenaga. Semasa balik kampung baru baru ini saya telah memandu Exora dari tol Sekudai hingga tol Bandar Baharu. Pemanduan Exora memang begitu lancar tanpa sebarang masalah walaupun terpaksa melalui jalan berbukit mulai terowong Menora hingga exit Kuala Kangsar. Pengasingan jalan berhampiran Simpang Pulai juga menyumbang kepada kelancaran trafik.Penyaman udaranya memang terbaik dalam kelasnya. Memang selesa berada didalamnya. Anak-anak saya memang puas hati dan tidak merungut semasa berada di dalamnya. Kemudian pada hari ketiga raya kami bertolak ke Alor Setar. Masa yang diambil hanya 2 jam disebabkan trafik agak lancar di sepanjang lebuhraya.Secara keseluruhannya memandu Exora memang best dan tidak menjemukan walaupun untuk perjalanan yang jauh yang menjangkau 800 km dari JB ke Alor Setar.

No comments:

Post a Comment