Wahai teman-teman sekalian, jangan terkejut jika penyaman udara mpv anda tiba tiba tidak lagi sejuk seperti mana sebelumnya. Kawan saya mengalaminya semasa Exora mencatat 10,000 km mileage. Ada juga yang kata mengalaminya selepas 7000 km. Setakat ini Exora saya dah catat 6500 km. Tapi belum ada tanda-tanda yang penyaman udara akan mula tidak berfungsi. Menurut kawan saya, penyaman udara tidak sejuk disebabkan sensor aircond mengalami kerosakan. Selepas menghantar ke pusat servis, penyaman udara kembali berfungsi seperti biasa.
Hanya sekadar berkongsi pengalaman
No comments:
Post a Comment