Translate

Sunday 14 February 2010

Kenangan di Terengganu

Pantai Batu Buruk
Menikmati Keindahan Pantai
Bersantai bersama rakan lama
Dalam kenderaan
Pantai Kemasik







Bertolak dari Skudai pada 11.2.2010 hari khamis jam 9.00 pagi menuju Kemaman. Jalan yang dulalui adalah Lebuhraya Utara Selatan hingga exit Yong Peng Utara. Belok ke kiri selepas plaza tol menuju Segamat.Dari Segamat terus memandu menuju Muadzam Shah. Kami tiba berhenti mengisi minyak di stesen petronas Muadzam Shah jam 12.30 tengah hari.12.40 tengah hari kami meneruskan perjalanan menuju Gambang. Kemudian memasuki LPT hingga ke exit Jabor.Melalui Cherating dan akhirnya tiba di Masjid Geliga, Chukai jam 2.40 petang.Selepas solat kami makan di medan selera Geliga. Lepas itu kami check in di hotel Shafura untuk menginap selama 3 malam.Kami berehat seketika sebelum ke rumah sahabat saya pada sebelah malamnya.12.2.2010 (Jumaat) saya ke TATI untuk mengajar SPACE.Isteri dan anak-anak saya tinggal di hotel.Pada sebelah petangnya kami ke pantai Kemasik dari jam 6.20-7.40 malam.Pulang ke hotel dan makan malam di kedai makan berhampiran hotel penginapan kami.13.2.2010(Sabtu) kami memulakan perjalanan menuju Kuala Terengganu pada jam10.10 pagi.Keadaan jalan dari Kemaman ke K.Terengganu memang baik dan disebabkan tiada banyak kenderaan ke sana membuatkan pemanduan lebih mudah dan kami dapat menikmati panorama indah di sepanjang perjalanan.Kami tiba di masjid terapung jam 12.50 tengah hari.Sementara menunggu sahabat saya datang menjemput, kami makan tengah hari dulu di kafetaria masjid.Jam 1.40 petang sahabat saya pun tiba dan membawa kami ke rumah mertuanya.Sampai di sana kami dibawa menghairi kenduri kahwin jiran mertuanya.Dapat juga merasa masakan kenduri(daging kerbau campur daging lembu) di sana disamping dapat melihat pencak silat yang disajikan sempena majlis kenduri.Ada sedikit kelainannya majlis kenduri di sana berbanding di tempat saya di Perak ataupun di Johor.Selepas solat kami dibawa ke Pasar Payang.Orang memang ramai sehingga laluan tersebut mengalami kesesakkan yang teruk.Selepas parking kami berjalan-jalan di pasar payang untuk membeli sedikit barangan.Kemudian kami bercdang utuk naik Bukit Putri tetapi telah ditutup sebab jam sudah pukul 5.00 petang.Kami buat keputusan untuk ke pantai batu burok saja.Selepas itu kami pulang untuk solat dan makan malam di rumah mertua sahabat saya sebelum pulang ke Kemaman jam 9.30 malam.Memandu pada sebelah malam memang sukar sedikit bagi saya terutama apabila melalui selekoh atau pun sialauan lampu kenderaan dari arah bertentangan.Kami tiba di hotel kami menginap tepat jam 12.05 tengah malam.Kami pulang ke Skudai keesokkannya jam 10.40 pagi selepas sarapan dan tiba di Skudai jam 5.00 petang.Walaupun memenatkan tetapi ia adalah pengalaman pertama saya memandu ke Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment