Translate

Monday 1 February 2010

Menjaga Kesihatan Diri Sendiri

Salam hormat, selamat bertemu kembali.Penjagaan kesihatan lebih-lebih lagi untuk diri sendiri perlulah dimulakan semenjak usia kanak kanak lagi.Ibubapa hendaklah mendidik anak anak mereka cara cara menjaga kesihatan yang betul.Berapa banyakkah masa yang kita peruntukan untuk penjagaan kesihatan kita.Umpamanya dalam kesibukan kita bekerja dari bangun pagi sehingga tidur semula pada malam keesokannya.Kalau boleh kita mestilah berusaha untuk meminimakan serangan radikal bebas yang sememangnya meningkat seiring dengan usia seseorang.Pernah tak dengar "we are what we eat? Kita adalah apa yang kita makan.Apakah kita memakan makanan seimbang? Cukup karbohidrat,protin,vitamin, mineral dan sebagainya.Gula dan garam seminimum yang mungkin.Lemak tepu dan makanan berkolesterol tinggi hendaklah dikurangkan pengambilannya. Daripada pemerhatian penulis, kegemukan dapat dilihat seawal usia kanak kanak. Semasa menunggu anak balik dari sekolah umpamanya kita akan dapat lihat agak ramai murid murid yang sudah ada tanda tanda akan menjadi seorang obes apabila besar kelak.Pernahkah kita mengukur berat dan tinggi dan kemudian mengira indeks BMI? Contohnya indeks BMI>25 sudah boleh dipanggil obes.Bagaimana pula pinggang? Saiz 40 inci ukurlilit pinggang bagi orang Asian sudah boleh dikatakan seseorang itu mengalami kegemukan.Andainya tiada usaha mengekang kegemukan ini sudah tentu ia akan mengundang kemudaratan kepada diri kita sendiri.Dalam seminggu berapa kali kita bersukan? Biasanya bila kita sudah sibuk dengan kerja maka kita seakan tiada masa untuk bersukan/bersenam. This is totally a big mistake. We go here and there looking for the money but then we seem to ignore our health.Wealth and health is equally important to us but don't wait until it is too late to do something.Dalam makna kata kesihatan adalah kekayaan (health is wealth).Satu lagi tabiat yang kurang elok yang patut kita tinggalkan adalah merokok. Bayangkan sehari RM5 dibakar tanpa memberi faedah sebaliknya meninggaklan kesan negatif kepada perokok sendiri ataupun lebih teruk kepada perokok pasif.Tepuk dada tanya iman.Jagalah kesihatan sayangilah diri. Sekian sehingga bertemu lagi.Wassalam.

No comments:

Post a Comment