Translate

Thursday 11 February 2010

Pengalaman Memandu ke Kemaman




Kami memulakan perjalanan tepat pukul 9.00 pagi.Memasuki lebuhraya utara selatan 10 minit kemudian. Semasa mula memasuki lebuhraya jumlah kenderaan agak banyak tetapi selepas melalui Sedenak ianya agak berkurangan.Lebih kurang jam 11.00 kami pun sampai di susur keluar Yong Peng (U). Kami membelok ke kiri selepas plaza tol menuju ke Segamat.Pekan yang pertama kami jumpa adalah Chaah yang lebih kurang 25 km jauhnya dari Yong Peng. Kenderaan agak kurang cuma terdapat beberapa buah lori tanah merah yang melalui jalan tersebut. Sekali sekala angin membawa debu tanah merah dan hinggap di kenderaan kami. Terdapat juga kenderaan yang dipandu perlahan.Untuk memotong kami perlu tunggu sehingga jumpa lorong untuk memotong.Keadaan jalan Yong Peng-Segamat agak lebar cuma terdapat beberapa jambatan yang memisahkan laluan di mana pemandu perlu berhati-hati. Selepas itu kami melalui pekan Labis dan Tenang.Jumlah kenderaan terutama lori semakin bertambah terutama dari arah bertentangan.Pemandu perlu lebih berhati hati apabila terdapat simpang masuk dan keluar seperti ke Kratong atau pun Chini. Kami tiba di Bandar Segamat kira-kira jam 11.40 pagi.Keadaan jalan agak kurang baik kerana terdapat lopak dan lubang dibeberapa tempat yang mana pemandu perlu lebih berhati hati.Kami kemudian memasuki jalan Segamat-Kuantan kira-kira 10 minit kemudian.Perjalanan menuju Muadzam Shah rasa lebih selesa dengan pemandanagan yang agak cantik di kiri kanan jalan terdapat pokok pokok. Isteri saya memang minat mengambil gambar jika ada pemandangan yang cantik. Pada mulanya keadaan jalan agak lengang hanya terdapat beberapa buah kenderaan yang melalui jalan tersebut.Tetapi apabila sampai di Paloh Hinai jumlah kenderaan terutamanya kenderaan berat agak mula bertambah.Keadaan agak mencemaskan semasa saya cuba memotong sebuah motorsikal di mana pada masa yang sama terdapat trailer yang dipandu agak laju dari arah bertentangan. Kami kemudiannya tiba di Bandar Muadzam kira-kira jam 12.30 tengah hari.Kami mengisi minyak di stesen petronas.Selain itu kami juga berhenti rehat untuk ke tandas dan membeli air minuman. Jam 12.40 tengah hari kami meneruskan perjalanan menuju kuantan yang terletak kira 99 km dari Muadzam.Seperti dijangka jalan menuju Kuantan memang terdapat banyak lori dan trailer.Kami perlu memandu dengan berhati-hati.Kelajuan pemanduan adalah dalam lingkungan 80-90 km/jam.Selepas memandu lebih kurang sejam kemudian kami pun tiba di jalan Gambang berhampiran kampus UMP.Kami memilih untuk melalui LPT ke kemaman. Pemanduan melalui lebuhraya LPT agak mudah kerana tidak banyak kenderaan yang melaluinya pada ketika itu.Kami memandu sejauh 46 km sebelum keluar melalui tol Jabor.Selepas itu kami melalui Cherating menuju Chukai di jalan Kuantan-Kuala Terengganu.Kami tiba di Bandar Chukai lebih kurang jam 2.40 petang dan kami berhenti untuk ke tandas dan solat di masjid Geliga Besar. Selepas solat kami makan tengah hari di medan selera sebelum meneruskan perjalanan ke hotel Shafura yang telah kami tempah untuk tinggal selama 3 malam. Secara keseluruhannya memandu melalui jalan persekutuan Segamat-Kuantan memang suatu pengalaman yang baru bagi saya. Pemandangan di kiri kanan jalan memanglah ada kelainannya berbanding di lebuhraya utara selatan yang mana pemandangannya kelihatan sama saja. Perjalanan dari Skudai ke Kemaman telah mengambil masa selama 5 jam setengah.Sekian. Hingga jumpa lagi. Wassalam.

Jika anda bercadang memandu menggunakan laluan Segamat-Kuantan anda haruslah berhati-hati dan kalau boleh elakkan memandu pada sebelah malam. Berikut adalah rentetan kemalangan yang berlaku di jalan Kuantan-Segamat.Satu kemalangan maut yang mengorbankan 6 sekeluarga di km 78 jalan Segamat-Pekan pada jam 8.45 malam, 8 Jun 2010.Al-fatehah buat mereka.Amin.

Pada 17 Jun 2010 jam 7.45 pagi,satu lagi kemalangan telah berlaku di km 87 jalan Kuantan-Segamat iaitu 9 km dari tempat kemalangan yang meragut 6 nyawa minggu lepas. Kali ini mengorbankan 5 nyawa dan 3 cedera parah. Perlanggaran berlaku antara MPV Nazaria dengan lori treler.MPV dikatakan bertolak dari Kuantan menuju Melaka manakala treler dari arah bertentangan.

6 November 2010, empat yg ada pertalian saudara telah terbunuh setelah kereta persona yang mereka naiki untuk balik ke Melaka dari Terengganu telah bertembung dengan sebuah trailer yang membawa muatan kelapa dari arah bertentangan.Kereta tersebut telah terbakar sebaik bertembung trailer.Kejadian berlaku sekitar jam 10.30 sewaktu hujan lebat berdekatan Muadzam (Km 119) jalan Kuantan-Segamat.

No comments:

Post a Comment